in ,

Tanda Kawan Korang Negatif Dan Toksik

Sumber gambar: aminoapps.com

Korang pernah tak terfikir sama ada kawan di sekeliling korang itu adalah kawan yang baik dan ajar kebaikan untuk korang, atau mereka adalah kawan yang mana ada sewaktu korang senang sahaja tetapi bila tiba waktu korang susah, mereka buat tak tahu dengan korang? Memang hidup ini penuh dugaan kan? Cuma kita sahaja yang perlu peka dengan keadaan sekeliling sama ada kita ini berada bersama dengan kawan yang sudah terbaik untuk kita atau tidak. Jadi, jom kita tengok tanda, sama ada korang berkawan dalam lingakaran yang negatif atau toksik atau pun tidak.

SELALU GOSSIP

via GIPHY

Memang tak salah pun kalau kita sekali sekala nak bergosip tetapi kalau hal itu penting contohnya tentang masalah sekolah ke, politik ke, sukan ke atau sebagainya itu memang tidak terlalu menjadi masalah. Apa yang tak seronok adalah bila korang selalu sangat bergosip tentang orang yang di sekeliling korang, contohnya setiap kali jumpa korang wajib akan bergosip tentang kawan korang kena tinggal ke, kawan korang lari rumah ke atau lain-lain hal yang mungkin akan beri kesan mendalam kepada orang lain.

SELALU BUAT ORANG STRESS

via GIPHY

Selain dari itu antara tanda korang berada dengan orang yang negatif atau toksik, mereka adalah orang yang kerap buatkan diri korang berada dalam keadaan stress. Antara contohnya adalah, korang mempunyai badan yang besar dan korang cuba untuk diet dan cuba jaga kesihatan tetapi kawan korang selalu ucapkan kata-kata seperti “kau ingat kau boleh kurus ke?” atau “kalau kau kurus, kau ingat kau cantik ke?” dan boleh jadi dalam pelbagai bentuk ucapan dan hal yang mereka buat pada korang akan buatkan korang stress.

KUTUK BELAKANG

via GIPHY

Seterusnya, kutuk belakang. Memang itu namanya bukan kawan sejati kalau korang kutuk belakang sebab kawan-kawan biasanya akan saling menasihati kecuali kalau korang itu seorang yang degil dan fikir korang betul itu pun salah, sebab ia akan buatkan kawan korang annoying dengan korang dan akan buatkan mereka rasa kecewa dengan korang. Jadi, apa kata selepas ini korang selesaikan apa sahaja masalah dengan berkomunikasi dengan baik bersama kawan korang.

FAKE DEPAN ORANG

via GIPHY

Ini pun lagi satu hal, memang ramai sangat orang sekarang ini suka fake di hadapan ramai orang. Akan tetapi kalau korang ada kawan yang kerap fake di hadapan orang lain, korang kena berjaga-jaga sikit dan wajib kenali diri kawan korang dulu. Sebab kita risau nanti, kalau dia fake depan orang lain, mungkin dia boleh fake dengan korang juga.

MANFAATKAN KEBAIKAN ORANG

via GIPHY

Ini antara yang palinglah tidak baik sebab kalau korang nampak ada kawan yang suka manfaatkan kebaikan orang lain, apa kata korang jauhkan diri dari mereka. Contohnya, kalau korang pandai dan selalu siapkan kerja korang awal, lepas itu mereka nak ambil dan copy tiru kerja korang. Kawan seperti ini korang jauhkan lah ya sebab mereka ini memang toksik untuk diri korang.

Jadi, selepas ini kalau korang perasan kawan-kawan korang yang seperti ini. Apa yang penting, korang cuba ajak berbual dan bincang sama-sama supaya boleh ubah diri sama-sama. Akan tetapi kalau mereka tak nak berubah dan masih nak teruskan perangai yang negatif dan toksik ini.. Sebaiknya, korang jauhkan saja diri korang dari mereka okay! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rutin Yang Perlu Korang Buat Waktu Mandi

Tips Tudung Bawal Sentiasa On Point