in ,

Tanda Awak Belum Matang Dalam Banyak Perkara

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=8yd6QlZb9Lo

Kita boleh tahu ke bila kita matang? Zoe rasa kalau nak cakap orang dewasa ramai matang pun macam tak juga sebab ada saja yang perangai macam kebudak-budakkan. Antara tanda-tanda yang menunjukkan korang belum matang dalam banyak perkara adalah seperti berikut…

BORAK KOSONG

Sumber gambar:

Biasanya orang kalau dah matang, mereka lebih suka mendengar daripada bercakap. Jadi kalau awak semua masih sukakan perbualan kosong dan tidak beri apa-apa faedah itu maknanya korang belum matang lagi. Maksud Zoe disini adalah bukan nak cakap orang yang matang tak suka langsung perbualan kosong ini tapi yang membezakannya adalah masa perbualan kosong korang yang diisi tu.

TAK NAK KALAH

via GIPHY

Orang matang lebih banyak mengalah kalau nak dibandingkan dengan orang yang belum matang ini. Biasalah itu kalau tak nak kalah, tapi biasanya orang yang lebih matured ini lebih suka redha dengan semua benda yang jadi dan prinsip hidup mereka adalah life must go on gitu~

SUKA PERHATIAN

via GIPHY

Jika nak dibandingkan dengan orang yang dah matang, mereka lebih suka bersendirian dan relax tanpa perlu perhatian dari orang lain. Maknanya, mereka dah boleh berdikari dengan sendiri. Kalau awak yang masih belum matang itu, biasanya awak akan mengada-ngada nak kan perhatian dari orang sekeliling awak. So, itu normal dan tak ada apa lah.

LARI DARI TANGGUNGJAWAB

Sumber gambar:

Suka sangat lari kalau ada masalah? Ya, awak masih belum matang. Haha! Biasanya sebab kita malas nak fikir benda itu meleret dan take it easy. Orang yang sudah matang biasanya akan fikirkan jalan penyelesaian untuk hadap masalah dan bertanggungjawab dengan perkara yang terjadi.

Jadi awak #Lunagirls rasa korang dah matang ke belum? It’s okay kalau rasa diri masih belum matang sebab it takes time. Tak perlulah rasa diri kena matang cepat-cepat tapi korang kena ingat walau bagaimanapun korang still kena matang dalam sesuatu perkara ya supaya orang lain pun boleh anggap yang korang profesional dalam hal seperti tugasan kumpulan dan lain-lain.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Betul Ke Cemburu Tandanya Sayang?

Jom Belajar Makeup Dengan Beautyguru Malaysia!