in ,

Taman Bunga Matahari Kini Ada Di Malaysia?!

Sumber gambar: Hijabista.com / Instagram @justmiinee

Seronoknya kalau dapat sunflower! Selain bunga baby breath, bunga sunflower pun cantik juga! Tapi kalau dapat ambil gambar dekat taman bunga matahari pun onz juga ni, confirm sehari suntuk pun tak cukup duduk dekat sana.

Haihh syoknya kalau dapat tengok bunga. Biasalah perempuan, bunga salah satu benda paling dia suka. Before this dekat Thailand sangat famous dengan taman bunga matahari sehinggakan ramai sanggup pergi ke sana demi bergambar. Taman bunga matahari tersebut terletak di wilayah Lopburi di utara Bangkok. Tapi perjalanan ke sana agak mencabar kerana ia memakan masa selama beberapa jam. Jauh macam mana sekali pun, kalau dah sampai ke Thailand tapi tak ke sana mungkin akan rasa kerugian.

Tapi kenapa nak pergi jauh-jauh kalau kita boleh tengok sendiri ladang bunga matahari di Malaysia? Tak payah pergi jauh-jauh sampai ke Thailand, jom ajak parents korang ke Perlis! Since Julai 2019, ada satu ladang bunga matahari yang terletak dekat Taman Ular dan Reptilia, Kangar. Ya, dah lama buka tapi sekarang baru viral disebabkan seorang gadis ini share gambar OOTD dia di sana. Bukan main cantik juga ya tempat tersebut, memang onz teruk kalau ambil gambar.

At the same time, dekat situ juga terdapat sebanyak 150 spesis ular yang jarang dijumpai. Iya la, ladang bunga itu pun dekat dalam kawasan Taman Ular, of course ada banyak ular yang dijaga. Bukan itu saja, demonstrasi berdepan dengan ular juga diadakan dekat situ sekurang-kurangnya sebanyak dua kali sehari pada weekend. So kalau nak tengok pertunjukan ular sambil feeling dekat taman bunga matahari, boleh datang waktu weekend ya.

View this post on Instagram

My baby my sunshine. 🌻💛

A post shared by Amira Farhana Amri (@_amirafarhanaa) on

Taman tersebut dibuka setiap hari bermula pada 9 pagi sehingga 5 petang. Make sure nak gambar cantik, datang pada awal pagi supaya segala macam lighting dan orang pun tak ramai sangat waktu pagi tu. For those yang nak pergi, korang perlu membayar tiket masuk sebanyak RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Make sure jika korang ke sana, jangan petik bunga yang ada ya sebab dekat situ ada yang menjaga tumbuh-tumbuhan tersebut. Kita masuk situ pun berbayar, tak bermaksud kita ada hak untuk buat sesuka hati.

Rasanya kalau taman ini mendapat pendedahan yang lebih meluas, tak mustahil ia akan terkenal seperti di Thailand. Just imagine kalau ramai orang tahu tentang tempat ini, mesti ramai pelancong asing atau orang Malaysia sendiri akan datang ke situ. So, kita dapat perkenalkan kepada orang luar tentang keunikan yang terdapat di negara kita. Dekat situ je orang akan lebih mengenali Malaysia.

Harapnya lepas tempat ini dah viral, banyak lagi tarikan yang akan disediakan supaya lebih ramai orang rasa berpuas hati kalau berkunjung ke sana. Jauh juga tau kalau nak ke Perlis. Just imagine kalau korang dari Johor ke Perlis, tak ke jauh berejam nak ke sana? Then kalau ada banyak lagi benda tarikan mesti rasa berbaloi kalau datang dari jauh..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lepasan SPM 2019! Jangan Lupa Mohon Kemasukan Universiti!

Kenapa Lagu Baru Andi Bernadee Makin Seksi?