in , ,

Takut IC Hilang? Simpan Sendiri Atau Bagi Parents?

Sumber gambar: instagram.com/lunariamy

Dah umur 15 tahun tapi kad pengenalan masih lagi mak pegang? Takut kad pengenalan hilang atau tercicir bila bawa pergi sekolah? Tapi perlu ke sampai dah habis sekolah pun nak suruh mak simpankan? Hmm.. pening lah macam ni..

Girls, korang rasa perlu atau tak untuk mak kita pegangkan kad pengenalan since kita still bersekolah? Dulu waktu sekolah menengah, Ainaa sendiri tak pegang kad pengenalan sebab takut nanti hilang! Hihi.. Tapi kalau korang masih rasa was-was sama ada nak pegang sendiri atau bagi mak, meh Ainna tolong senaraikan kelebihan dan kekurangan simpan IC sendiri!

SELAMAT VS CUAI

via GIPHY

Dari segi keselamatan, bila mak dah pegang kita IC, lebih selamat tau! Tak kisah kad pengenalan tu ada dekat rumah atau dalam purse mak! Hihi.. Kalau kita simpan sendiri, kemungkinan untuk tercicir tu tinggi.. Ops! Sebagai seorang pelajar, kita bergerak ke sana ke sini, bawa beg duit ada IC naik bas sekolah, pergi kelas tambahan pula tu.. Fuh aktif!  Nak selamat, korang photostat your IC dan laminate, lepas tu simpan okay!

DENDA VS PERCUMA

Sumber gambar: PathLegal

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa as a student kita tak boleh simpan our own kad pengenalan.. Bukan murah tau nak bayar kalau dah hilang! Huhu.. Korang akan kena denda dengan Jabatan Pendaftaran Negara kalau kad pengenalan tu hilang tercicir atau tertinggal dekat mana-mana! Tapi sebelum tu jangan lupa untuk buat report polis dulu okay?

KESALAHAN BESAR

Sumber gambar: Twitter

Tahun lepas, Jabatan Pendaftaran Negara baru je keluarkan kenyataan yang menyimpan kad pengenalan orang lain adalah satu kesalahan besar. Jad macam mana kalau dah jadi macam tu? Ha, it’s okay girls. Macam Ainaa cakap tadi, korang boleh suruh mak korang simpan kad pengenalan tu dekat rumah dan photostat your IC to keep it for yourself!

ORANG LAIN GUNA

via GIPHY

Sebenarnya, sebelum ni Ainaa pernah tercicir beg duit dekat dalam bas tau! Dan malangnya waktu tu ada orang lain jumpa.. Nak tahu apa yang jadi? Orang tu guna IC Ainaa untuk beli sim card and tak bayar langsung bil telefon tu! Ini salah satu situasi yang mungkin terjadi bila kita tercicir kad pengenalan.. orang lain akan guna untuk benda kepentingan diri mereka! So better be careful ya girls..

Pada pendapat Ainaa sendiri sebenarnya bahaya untuk kita as a student untuk simpan kad pengenalan kita! Sebab malang tak berbau.. Nak elakkan benda macam tu jadi, lebih baik minta your parents simpankan okay girls? Tapi untuk pelajar PMR dan SPM, nanti jangan lupa bawa kad pengenalan original untuk jawab exam tau.. Hihi!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Wajib Ke Charge Phone Baru 8 Jam?

Ketiak Kepam? Cuba Deodorant Ni..