in ,

Taknak Sakit, Elak Makan Benda Ni Waktu Pagi Raya

Sumber gambar: https://parenting.orami.co.id/magazine/hati-hati-8-penyakit-ini-ternyata-sebabkan-nyeri-perut-sebelah-kanan

Seronok sangat raya sampai tak sedar dah macam-macam makanan yang korang telan harini. Agak-agak dah pergi toilet ke belum ni? Banyak sangat makan harini sampai tak boleh nak sambung esok pula. FYI, ni ada beberapa panduan pemakanan untuk korang waktu raya nanti, so tak la rasa perut meragam or tak selesa..

ELAKKAN MAKANAN PEDAS

Sumber gambar: http://kupang.tribunnews.com/2018/02/19/suka-makanan-pedas-lebih-banyak-manfaat-atau-mudaratnya-simak-penjelasannya

Sebulan korang tahan makan pedas semata sebab takut keluar masuk toilet time puasa, bila sampai je raya memang semua benda makanan pedas korang balun. Memang la dah raya dan kita boleh makan apa je yang kita nak, tapi jangan la terus makan makanan pedas pula. Nanti perut korang akan terkejut sebab ada kandungan pedas masuk dalam badan. Lepas ni confirm keluar masuk toilet je sebab perut buat hal. Nak raya pun tak ada mood!

MAKAN DALAM KUANTITI BANYAK

Sumber gambar: https://ohbulan.com/9-perangai-tipikal-melayu-di-jamuan-percuma-agaknya-kita-yang-mana-satu/

Relax girls, raya kan sebulan.. So, jangan la dalam sehari tu korang bantai makan puas-puas. Pagi raya tu, capai dulu makanan yang paling dekat dengan korang. Jangan gigih sangat sanggup berpusing satu meja makan sebab nak capai makanan yang jauh. Tak sempat makan pagi ni, sambung petang pula.

CAMPUR-CAMPUR MAKANAN

Sumber gambar: https://www.galena.co.id/q/kenapa-makanan-yang-tidak-sehat-rasanya-lebih-enak-ketimbang-makanan-sehat

Baru tadi makan ketupat, then nasi impit pula. Tak masuk lagi rendang, kuih raya yang korang bedal dekat rumah sedara mara. Careful girls, makan jangan sampai lupa diri. Bila dah bercampur makanan ni, korang kena banyak minum air masak supaya semua makanan dapat diproses dengan lancar. Takut nanti bila dah malam, korang sembelit pula.

KURANGKAN MAKANAN MASIN

Sumber gambar: https://my.carousell.com/p/aneka-kerepek-3-balang-rm25-112454245/

Dapat makan kerepek bawang, kerepek pisang dan segala macam kerepek memang best. Tapi jangan sampai overdose garam, takut nanti dapat darah tinggi pula. Bila kandungan garam terlampau tinggi, ia akan kurangkan kandungan air dalam najis kita.. At the same time mengakibatkan sembelit sampai terpaksa serap air daripada usus untuk proses makanan. 

Beringat-ingat la sikit waktu makan tu ya girls. Jangan sampai memudaratkan korang. Tak nak la sampai kena pergi hospital sebab overdose makanan. Ada banyak lagi masa untuk menikmati hidangan raya. Take care #Lunagirls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hati-Hati! Truecaller Jual Data Peribadi Kita!

Jenis-Jenis Orang Time Raya