in ,

Tak Tahu Nak Ke Mana Cuti Sekolah? Jom Lepak District 21

Sumber gambar: tourplus.my

Cuti ini korang buat apa kawan-kawan? Mesti ramai yang tengah jalan-jalan keluar bersantai dengan keluarga, betul tak? Kan cuti banyak lagi masa dan hari, tak akan lepas balik berjalan dengan keluarga korang nak duduk sahaja rumah sampai hari sekolah di buka semula kut? Ish, janganlah begitu okay korang! Apa kata korang cuba pergi ke District 21 yang terletak di IOI Mall, Putrajaya itu? Sebab banyak sangat permainan indoor menarik yang boleh korang cuba. Memang tak rugi! Okay jom kita usha game apa sahaja yang boleh korang cuba di District 21!

SKY TRAIL

Sumber gambar: pamapedia

Salah satu permainan yang paling susah adalah sky trail yang akan uji stamina dan kemahiran korang untuk seimbangkan badan semasa main sky trail. Korang perlu melintas satu jambatan tali yang bergoyang dan perlu seimbangkan badan untuk melepaskan diri dari semua barisan tin dan akan ada 23 halangan tinggi dengan pelbagai tahap kesukaran tapi jangan risau sky trail ini ada tali pinggang yang akan diikat pada korang, jadi tak perlu takut pun. Hehe

ROLLER GLIDER

Sumber gambar: thechency

Kalau korang nak rasa keseronokan ala main roller coaster tapi melalui zink kebawah dengan lengkungan yang tajam pada kelajuan 30 kilometer per sejam sambil feeling yang diri korang Superman. Korang bolehlah cuba permainan roller glider ini waktu di District 21. Pegh! Dah lah laju! Memang seronok tau

FREE FALL

Sumber gambar: Danny T

Antara yang paling favourite yang ramai orang nak buat semasa berada di District 21 adalah free fall. Korang akan rasa seperti melompat jatuh dari kapal tebang dan bagaimana rasa jatuh bebas, ya of course dengan tali! Hehe! Kan #YOLO, jadi why not korang cuba, betul tak?

LOW ROPES

Sumber gambar: Time out

Low ropes adalah lebih kurang seperti sky trail tetapi versi untuk orang yang lebih kecil seperti adik korang yang lebih kurang 10-14 tahun. Halangan low ropes adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan mereka sebelum mereka melepasi halangan-halangan lainnya.

LAUNCH PAD

Sumber gambar: Tianchad

Trampolin yang dilengkapi dengan teknologi kusyen paling senang nak bounce dengan tinggi. Benda yang paling menarik juga di District 21 adalah launch pad. Walaupun ianya hanya trampolin sahaja tapi ini juga antara yang paling menjadi pilihan orang ramai ya! Memang seronok habis nak main sebab ia bukan sahaja best nak lompat tapi ia boleh release korang punya tension juga tau! Hehe! 

Ini antara top 5 yang kami boleh kongsi dengan korang tetatpi korang tak perlu risau sebab ada sahaja permainan lain dalam ketiga level easy, medium and hard ini. Sangat rugi kalau tak cuba tau! Sebab ia bukan sahaja setakat cabar keberanian korang tapi dia buatkan badan korang jadi lebih aktif dan mood pun akan jadi lebih baik sebab memang seronok. Tunggu apa lagi? Lebih baik korang ajak keluarga dan kawan-kawan sekarang sebab nanti tak sempat pula sebab cuti sekolah dah habis. Haha!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Baru Berusia 12 Tahun Sudah Jadi Saintis

List Drama Korea Rating Tinggi 2019!