in ,

Tak Tahu Ajak Crush Pergi Mana? Cuba Usha Tempat Ini Boys!

Sumber gambar: https://www.pinterest.com/pin/372954412887551100/

Hello boys! Korang tengah suka someone eh? Dah confess ke belum dekat si dia? Kalau belum, dah ada idea ke nak cakap macam mana? Oklah meh sini Zoe ajar korang sikit. Apa kata sebelum korang nak luah kejujuran dekat si dia, korang ajak dia keluar tempat yang best? Sebab selalunya perempuan suka tau jalan-jalan.. Nanti masa keluar nanti, boleh korang curi masa untuk confess pada si dia! Ehem.. ini senarai tempat menarik untuk bawa crush keluar!

ARCADE

Sumber gambar:

Apa kata, kalau korang ajak dia pergi main arcade? Ini adalah tempat paling fun untuk korang spend time. Dekat situ ada macam-macam game. Korang try lawan satu game dengan dia, kalau si dia tak power main arcade, acah-acah kalah saja untuk dia. Mesti si dia akan seronok tiba-tiba sebab dari tadi asyik kalah tiba-tiba menang sebab awak kasi chance dekat dia. Nampaklah korang seorang yang sweet nanti. 

SKATING

via GIPHY

Pergi skating pun best juga! Tak kisahlah skateboard ke, ice skating or roller skate ke pun boleh je. Okay, kalau si dia tak reti main, inilah peluang awak untuk ajar dia main! Wah.. baru boleh sweet macam cerita Korea pula korang nanti! LOL! Mmm, tapi kalau korang yang belum power buat aktiviti ini, Zoe cadangkan untuk belajar dan master dulu sebelum bawa future girlfriends okay!

TAMAN TEMA

via GIPHY

Semua permainan di taman tema pun memang seronok. Kalau dia suka benda yang challenging sikit, ajaklah pergi funfair yang dekat dengan area rumah korang. Boleh korang dapatkan bear besar dalam salah satu game dekat funfair nanti! Kalau korang tahu dia suka swimming, ajaklah dia ke taman tema air, Malaysia ada banyak taman tema air. Sunway Lagoon ada buat promosi di SuperDeals tau. Korang klik sini untuk dapatkan diskaun 10%! Yay!

KONSERT

via GIPHY

Kalau korang tahu siapa band yang dia suka, dia suka muzik genre apa. Korang  boleh ajak dia keluar pergi konsert band yang dia suka. Kalau tiket konsert itu mahal dan tak kena dengan bajet awak, it’s okay! Bagi saja hadiah seperti merchandise favourite band dia ke, album favourite band ke, confirm dia terharu sampai menangis. Haha!

Zoe harap lepas ini korang dah tak pening nak plan bawa crush pergi mana lagi. Walaupun kena keluarkan duit untuk si dia sikit tapi effort awak itu yang penting. Barulah crush awak ada kemungkinan untuk suka korang balik! Yang penting jangan lupa ambil gambar banyak-banyak supaya nanti boleh print masukkan ia satu album kenangan korang. Awww!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Terbaik Untuk Perfume Kekal Lebih Lama!

Penting Sangat Ke Sex Education?? 🤔 🤨