in

Tak Perlu Tunggu Idola, Ini Korang Boleh Buat Untuk Alam Sekitar

Kalau dulu, ada banyak sangat kempen sayangi alam sekitar diwar-warkan di sekolah dan tempat awam tetapi sekarang ini kalau nak sayangi alam mostly orang hanya akan ikut apa idola mereka buat sahaja. Eh, mana boleh macam itu ya kawan-kawan.. Sebenarnya diri kita sendiri yang perlu ada kesedaran untuk jaga alam sekitar untuk kebaikan diri sendiri dan sekeliling. Okay, jika betul #Lunagirls nak sayangi alam, apa kata awak cuba buat perkara ini dulu…

ASING SAMPAH

Sumber gambar:

Benda paling asas adalah kita perlu asingkan sampah sisa pepejal iaitu barang yang boleh dikitar semula, sisa baki makanan, lampin atau pad dan sisa pukal yang melibatkan barangan rumah yang besar-besar. Selain itu, macam sekarang ini sisa peralatan elektrik pun sudah boleh dikitar semula dan tidak boleh dibuang macam itu saja girls.. Ini amat mudah kalau korang ada banyak tong sampah yang sudah dilabelkan dirumah. Ajak family member untuk buat perkara yang sama!

TIDAK MEMBAZIR

Sumber gambar:

Pembaziran adalah amalam syaitan! Kalau kita membazir maknanya kita? Hmm.. Pembaziran merupakan perkara yang memang tidak patut dan dalam agama apa pun tidak digalakkan! Daripada korang membazir buang duit beli banyak benda yang tak perlu, tidak kisah sama ada makanan atau kehendak korang yang nanti end up korang menyesal beli. Sebab itu kita sebagai seorang individu digalakkan untuk beli mengikut jumlah yang kita perlu supaya sebarang pembaziran tidak berlaku.

JIMAT AIR

Sumber gambar:

Penggunaan air pun korang perlu berjimat-jimat ya sebab tak kesian ke dekat sungai kita? Bukan setakat sungai yang produce air ke rumah kita juga kita kena jaga tapi laut, tasik semua pun kita perlu jaga. Jimatkan air juga sangat wajib sebab korang ingat bumi kita ini ada banyak sangat ke air yang boleh manusia survive dalam bumi ini walaupun jumlah air di bumi 70%? Menurut laporan National Geographic air yang kita boleh guna cuma 2.5% sahaja tau.. yang lain itu cuma air laut sahaja.

BANTU SEKELILING

Sumber gambar:

Alam bukan meliputi udara, darat, laut sahaja ya tetapi manusia, ekosistem alam, haiwan dan lain-lain juga. Jadi kalau #Lunagirls nak jadi seseorang yang sayangi alam, korang perlu bantu segala yang disekeliling korang juga dan barulah seimbang. Setakat sayang alam sekitar tapi kejam dengan haiwan dan perkara lain pun tak syok juga betul tak?

Ha, macam mana #Lunagirls? Rasanya diri kita boleh ke nak buat semua perkara yang Zoe kongsikan ini? Kalau rasa tak boleh nak buat semua perkara yang mampu membantu alam sedikit sebanyak ini, awak semua boleh saja buat selangkah demi selangkah supaya benda ini boleh jadi macam habit korang secara tak langsung. Bayangkan kalau ramai yang sedar diri dan buat benda ini setiap hari? Mesti pembaziran, bencana alam dan lain-lain akan semakin berkurang dan bumi pun mesti semakin sihat.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Terbaik Confess Tanpa Kena Reject! #NationalCrushDay

Senarai Lagu K-Pop Yang Akan Beri Korang Inspirasi! No.4 Fav Kami!