in ,

Tak Perlu Beli Baru, Ini Cara Hitamkan Semula Pakaian Hitam

Sumber gambar: Instagram @eykafarhana /Instagram @mfmirafilzah

Aduh, malasnya nak iron tudung, asyik kedut je tudung. Baik pakai tudung hitam je, settle tak payah nak iron apa-apa. Terus pakai je, tak nampak pun kesan kedut!

Warna hitam dan girls tak dapat dipisahkan. Every girls out there mesti akan ada collection warna hitam dekat dalam almari mereka. Bukan apa, warna hitam dikirakan sebagai warna wajib bagi setiap perempuan. Bila dah lambat nak bersiap, warna hitam ialah warna yang paling senang nak dipakai, tak perlu gosok pun tak apa.

Tapi bila dah selalu sangat pakai warna hitam, mestilah warna itu akan turun dan kehitaman akan berkurangan. Setiap kali basuh, setiap kali itu warna akan luntur. Sometimes rasa sakit hati juga bila tengok warna pakaian dah tak hitam macam first time beli dulu. Takkan nak buang pula? Mesti la ada jalan penyelesaian macam mana nak buatkan pakaian kekal hitam which is dengan cara…

GUNAKAN KOPI

Image result for kopi
Sumber gambar: Alaf21

Kopi asalnya berwarna hitam jadi kopi ialah salah satu bahan yang boleh digunakan untuk menghitamkan semula pakaian kita. First thing first, letakkan pakaian dalam mesin basuh atau baldi yang diisikan air sejuk kemudian bancuh kopi dalam dua cawan di dalam cawan. Then, tuang semua kopi ke dalam baldi yang berisi baju tadi. Tak kisah kalau dicampurkan sekali dengan serbuk kopi, asalkan ke semua bancuhan kopi dicampurkan di dalam baldi tadi. Rendam seketika then jemur macam biasa. Cuma waktu jemur jangan biarkan pakaian terkena sinaran matahari langsung dan kedua, terbalikkan pakaian sebelum dijemur.

JANGAN CAMPUR PAKAIAN DENGAN WARNA LAIN

Image result for basuh baju
Sumber gambar: Profhariz

Kadang-kadang bila dah datang mood malas, semua baju bercampur dalam satu mesin. Tak kisah warna putih ke, hitam ke atau ungu sekali pun. Memang semua pakaian akan dicampakkan ke dalam mesin basuh tanpa rasa serba salah. Kalau korang nak tahu dengan cara itu, pakaian yang berwarna hitam akan turun warna. That’s why kena asingkan bila nak dibasuh dengan pakaian warna lain. Or else kalau malas sangat, basuh je pakaian warna hitam dengan pakaian yang berwarna gelap lain. Asalkan jangan dicampur dengan pakaian warna terang. Dengan itu, pakaian berwarna hitam korang takkan pudar warna dalam masa terdekat.

GUNAKAN SHAMPOO

via GIPHY

Woww, ini lain macam punya cara ni pakai shampoo. Macam tadi, korang hanya perlu sediakan baldi yang berisi dengan air sejuk kemudian letakkan shampoo rambut ke dalam baldi tersebut. Kenapa shampoo? Sebab shampoo tidak mempunyai bahan kimia yang tinggi. So, pakaian berwarna hitam korang akan selamat kalau dibasuh dengan shampoo. Rendam pakaian tadi dalam masa maksimum 30 minit kemudian terus jemur. Confirm warna hitam di baju akan maintain!

BELI PRODUK HITAMKAN PAKAIAN

Image result for pakaian pudar
Sumber gambar: Bukalapak

Di pasaran sekarang memang dah dijual produk untuk menghitamkan semula pakaian. Kalau perasan waktu berjalan-jalan di uptown mana-mana, akan dijual produk hitamkan pakaian. Even dekat social media pun ada orang yang jual. Harga pun tak ada mahal mana. Tapi apa yang pasti produk tersebut memang berkesan sebab Ainaa sendiri pernah cuba dan puas hati dengan hasilnya.

Lepas ini tak ada masalah kalau pakaian warna hitam korang dah turun warna, tak ada alasan untuk beli yang baru, haha! Kita selagi boleh berjimat, kita berjimat ya. Selamat mencuba guys!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Terpedaya Beli Tiket Travel Murah!

Nampak Savage Tapi Suga BTS Sebenarnya Kucing!