in ,

Tak Payah Beratur Beli McShaker! Buat Sendiri Pun Boleh

Sumber gambar: https://www.malaymail.com/news/life/2019/09/20/shaking-things-up-mcshaker-fries-are-back-along-with-tasty-new-editions-to/1792516

Kita kembali lagi dalam episod ‘Kenapa nak beli kalau boleh buat sendiri’? Poket jimat, perut pun kenyang!

Image result for mcshaker
Sumber gambar

Haaa, siapa ingat before this Ainaa pernah share article tentang resepi mudah buat air bubble tea yang masih viral sampai sekarang? So for today, Ainaa akan share dekat korang resepi nak buat McShaker macam dekat McDonald’s! Tapi ini inspirasi daripada resepi yang dikongsikan oleh Rayyan Raaniya ya, hehe! Ainaa pun belum pernah cuba lagi resepi ini, but maybe after this Ainaa akan try juga.

Siapa je yang tak suka makan fries? Tapi jadi sakit hati bila dah beratur lama dekat drive thru tapi tiba-tiba katanya McShaker habis pula! Terus kita rasa kemurungan tiga hari tiga malam.. Sebab itulah perlunya resepi mudah ini supaya korang boleh nikmatinya setiap masa tanpa perlu beratur!

via GIPHY

Caranya mudah je sis sekalian, korang hanya perlu beli fries dekat supermarket, gula halus, serbuk perasa, serbuk cili dan paper bag untuk shake shake shake it of nanti.

Resepi ini korang boleh ikut suka hati nak buat pedas macam mana, pedas sikit atau banyak terpulang pada rasa tekak masing-masing. Asalkan masih boleh makan.. Jangan dah buat lepas itu pedas sangat, korang pergi buang pula.

What!!! Mcd Mc Shaker Fries Da Keluar.No Worries.Buat Sendiri Sudahhhh 🤭🤭🤭Bahan2 :-1) FunFries2) Gula Halus3)…

Rayyan Raaniya 发布于 2019年9月21日周六

Caranya mudah, goreng kentang sehingga garing macam biasa, toskan minyak then letak tepi dulu. Sambil tunggu minyak ditoskan, terus buat campuran magis yang bakal menyedapkan homemade McShaker dengan cara, sediakan dua sudu gula halus, serbuk perasa satu sudu, serbuk cili satu sudu dan gaulkan sekata. Ikut korang nak letak banyak mana serbuk cili itu, banyak pun tak ada masalah.

Last step, masukkan kentang dan ramuan rahsia tadi ke dalam paper bag! Masa untuk shake it off! Make sure jangan kuat sangat shake itu, risau terpelanting segala fries kita, satu hal nak kena goreng lain pula. Biar serbuk semua digaul secara rata.

Dah siap semua, tunggu apa lagi? Ajak satu family kita makan sambil tengok movie dekat rumah. Nak sedap lagi cicah dengan aiskrim vanilla! Barulah rasa pedas-pedas sejuk gituew, hehe! Rasanya balik ini Ainaa nak try  resepi ini. For those yang dah try jangan lupa share sikit pendapat korang tentang resepi ini okay! Enjoy your homemade McShaker!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kpop Ini Bukan Ada BTS dan Blackpink Je

Jom Korek Rahsia Pemalas Boys!