in ,

Tak Kisah Apa Orang Cakap, Bibi Kekal Positive

Sumber gambar: lunaria.com.my

Ehh, ye ye je Bibi Qairina tu ada ramai orang DM dia dekat Instagram, lelaki buat gambar dia dekat wallpaper phone. Famous betul dia sampai macam tu sekali ya?

Amboi jangan sampai cakap macam itu.. Mungkin memang ada boys out there yang buat gambar Bibi as their wallpaper. Korang jangan la sampai nak bersangka buruk macam ni, tak baik tau. Actually Bibi ni okay je orangnya, cute lagi pula tu. Pemalu pun ada, tapi itu tak bermaksud kita boleh sesuka hati bercakap tentang seseorang itu.

Actually last week Ainaa ada jumpa dengan Bibi dan ada la berbual sedikit dengan dia, dapat juga la bertanyakan beberapa soalan yang selama ini menjadi tanda-tanya daripada netizen semua. At first ingatkan Bibi ni seorang yang pemalu, tapi sebenarnya peramah juga orangnya.

First of all, mesti la Ainaa tanya tentang MV lagu Sokmed yang telah menjadi bualan hangat netizen sebelum ni. Ada yang memuji dan ada juga yang mengutuk, katanya MV tersebut tak sesuai la, lirik lagu tak mendatangkan manfaat dan banyak lagi la. Tapi bagi penyanyi muda berusia 15 tahun ini, tipu la kalau tak rasa sedih bila ada yang mengutuk, tapi dia jadikan semua komen negative itu sebagai pembakar semangat. Mungkin ada betul juga apa yang mereka katakan part konsep tak kena tu. Cuma bagi Bibi, dia lebih prefer untuk terima je segala kecaman mahupun nasihat berkaitan MV lagu tersebut.

Since Bibi baru sahaja tingkatan 3, jadi tak lama lagi dia bakal menduduki peperiksaan PT3. Disebabkan itu dia decided untuk home school sahaja, memandangkan sekarang ni dia perlu fokus pada dua perkara which is kerjaya sebagai seorang penyanyi dan pelajar sekolah.  Cara yang dia buat untuk belajar ialah bertanya pada adik-beradik yang lain kalau ada subject yang tak difahami.

 

View this post on Instagram

 

Sowie la , saya pakai bedal je ni 🥶 boleh ajarkan tak ? hehe .. #tiktok #hotdeejatiktokchamp

A post shared by Bibi Qairina ❤️ (@bibiqairina) on

At the same time, Bibi perlu balance kedua-duanya antara kerjaya dan persekolahan. Of course la ada jadual yang dibuat supaya dia dapat fokus pada kedua-duanya. Sekarang ni pun Bibi dah kurangkan sikit aktiviti nyanyian, hanya fokus pada side job sebagai social media influence dan pelajar.

Bercakap soal sekolah, menurut Bibi sebelum ni ada je kawan-kawan yang bercakap belakang tentang diri dia. Tapi apa yang dia lakukan untuk menepis segala kata-kata negative itu ialah dengan cara membiarkan sahaja. Kehidupannya kita lebih kepada kawan-kawan rapat dan dia lebih suka untuk berkawan dengan semua orang. Kiranya Bibi ni tak memilih la soal berkawan tu. Bagus la macam tu sebab walaupun sekarang ni Bibi dah dikenali ramai, tetap la kena maintain sifat merendah diri tu.

Dalam Ainaa tanya soalan tentang kerjaya dan masa depan, ada juga la Ainaa tanya sikit soalan personal kepada Bibi. Soalan apa lagi kalau bukan berkaitan dengan ‘hubungan cinta’ antara Bibi dan Ashraf. Iya la, sebelum ni kan ada banyak isu di social media yang mengatakan tentang hubungan cinta ‘underage’ antara mereka berdua. Siap ada yang cakap Ashraf pedophile pula sebab bercinta dengan Bibi yang masih bersekolah.

Tapi bila Ainaa tanyakan kepada Bibi tentang isu itu, Bibi tegas mengatakan bahawa dia dan Ashraf tidak bercinta. Mereka hanya berkawan biasa sahaja sama macam orang lain yang mempunyai kawan lelaki lain. Bagi Bibi dia memang tak boleh nak buat apa kalau ada yang masih mahu mengatakan bahawa mereka bercinta. Apa yang dia boleh buat ialah biarkan sahaja apa yang orang lain mahu katakan, janji mereka sudah memberitahu perkara yang sebenar.

At the same time, Bibi juga langsung tidak hiraukan apa-apa komen negative. Apa yang dia akan  buat ialah biarkan sahaja semua komen itu dan kadang-kadang tak baca pun apa yang ditulis. Baginya kalau dia layan, makin lama cerita akan berpanjangan. Lebih baik berdiam diri daripada nak melawan semula apa yang dikatakan oleh netizen.

For those yang tertanya-tanya juga macam mana Bibi maintain tudung dia bulat, apa yang dia lakukan ialah dengan mengamalkan cara iron tudung tanpa melipat mana-mana bahagian. Dia hanya iron tudung terus menjadi petak. Fuhh, cara ni memang berkesan nampaknya. Lepas ni boleh la cuba juga, mana tahu tudung pun boleh jadi on point macam Bibi.

Apa pun, semoga semua urusan Bibi dipermudahkan. Good luck pada Bibi untuk PT3 tahun ni. Untuk korang yang lain juga, semoga berjaya walau apa pun yang korang lakukan. Jangan pernah give up kalau apa yang korang lakukan tu gagal. Terus berusaha sehingga berjaya okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lepasan SPM! Ini Mungkin Course Yang Kurang Peluang Pekerjaan

Peperiksaan Penggal Pertama Dah Nak Dekat? Jom Buat Ini Dahulu!