in ,

Tak Keringkan Rambut, Kelemumur Tebal Seinci!

Sumber gambar: img1.thelist.com

Malasnya nak keringkan rambut! Nanti bangun tidur mesti rambut ni dah kering kan? Hmm, biarkan je la basah macam tu..

Haa, siapa pagi-pagi malas nak keringkan rambut? No no no! Penat macam mana pun, kita still kena keringkan rambut before tidur tau! Buat penat je korang basuh rambut sebab bila tak keringkan dan terus tidur rambut akan bau busuk. Jom tengok sikit dekat bawah, Ainaa ada senaraikan beberapa kesan yang bakal kita hadapi kalau malas keringkan rambut!

KULIT KEPALA GATAL

Sumber gambar: https://www.idntimes.com/health/fitness/patricia-firscha/10-penyebab-kulit-kepala-gatal-biar-bisa-percaya-diri-lagi

Kalau perasan, bila korang ikat rambut waktu basah mesti akan rasa gatal. Situasi ini akan terjadi sebab kulit kepala korang ‘tak cukup nafas’ dan terpaksa ‘berhimpit’ dekat dalam anak tudung.. At the same time, bakteria yang mengakibatkan pertumbuhan buah kecil dekat rambut.. Nanti korang akan perasan setiap helaian rambut akan ada biji-biji kecil.

KELEMUMUR

Sumber gambar: https://www.nona.my/kulit-kepala-gatal-gatal-bukan-sebab-kelemumur-ini-sebabnya/

Kelemumur kecil tak ada masalah sangat, tapi kalau kelemumur tebal tu yang sampai merah-merah akan menyebabkan kita rasa sangat tak selesa. Kalau korang memang jenis ada kelemumur, ia akan buatkan keadaan kepala korang jadi lebih teruk. Tujuan basuh rambut tu sebab nak mengurangkan kelemumur dan bersihkan kulit kepala, tapi sebab tak keringkan rambut ia lagi bertambah pula.

RAMBUT JADI NIPIS

Sumber gambar: https://www.wanista.com/2017/128976/rambut-nipis-ini-teknik-penjagaan-paling-sesuai-untuk-anda/

Bila korang ikat rambut waktu basah, akar rambut akan jadi tak kuat sebab ia dah tertarik waktu korang ikat. Bila akar rambut dah tak kuat, senang la rambut nak tercabut. Haa, lepas tu rambut korang jadi nipis sampai nampak botak. Mentang-mentang pakai tudung, korang tak kisah ya kalau rambut botak, hehe!

RAMBUT BERBAU

via GIPHY

Rambut kita akan keluarkan bau busuk atau kepam bila ia basah dan terperangkap dalam tudung. Lebih lagi bila korang terus ikat, haihhh lagi padu bau yang keluar! Malu la girls kalau orang terdekat cium bau busuk dekat korang.. Lagi malu kalau crush lalu dekat sebelah lepastu dia pun tercium bau kepam tu! OMG! Jatuh saham sis ya..

Lepas ni jangan malas-malas ya girls nak keringkan rambut tu. At least keringkan sikit pun tak apa, nanti esok pagi bangun mesti rambut dah kering. Dan untuk jaga rambut dengan lebih baik, pastikan kerap tukar anak tudung okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rambut Pun Nak ‘Makan’ Tomato!

Media Sosial Jadi ‘Gelap’ Bila FB, IG Dan WS Down…