in ,

Tak Dapat Konsert BLACKPINK? Layan K-Drama Jelah…

Sumber gambar: aminoapps.com

#Lunagirls masih belum move on tak dapat pergi konsert BLACKPINK? Haihh.. samalah kita.. Huhu! Tapi untuk ceriakan hujung minggu kita yang suram ni, jom kita layan K-Drama! Mungkin boleh juga kurangkan rasa sendu di hati.. Daripada scroll media sosial tengok member update pergi konsert, lebih baik #Lunagirls tengok drama! Menurut laman web Ranker, ini antara K-Drama yang masih trending di Netflix! Let’s check out senarai drama untuk kita marathon minggu ini! Jangan sedih lagi okay..

STRONG GIRL BONG-SOON

Sumber gambar: www.thejakartapost.com

Park Bo Young yang memegang watak Do Bong-Soon ada super power tau! Bong-Soon dapat kuasa tu daripada keturunan mak dan neneknya.. Drama ni memang kelakar! Bayangkan seorang gadis kecil molek boleh jadi bodyguard untuk oppa handsome! Fuh! Mana tak jatuh cinta girls! Haha! Ada juga unsur misteri dalam drama ni.. nak tahu lebih lanjut, kenalah tengok sendiri! Nanti dah habis tengok jangan lupa share your experience okay?

OH MY GHOST

Sumber gambar: aminoapps.com

Kalau tadi K-Drama genre romantik komedi, kali ni genre romantik seram! Haha! Oh My Ghost merupakan salah satu K-Drama yang pernah trending pada tahun 2015! Kalau #Lunagirls belum tengok lagi, cepat layan sekarang.. tak rugi tau! Drama ni mengisahkan tentang seorang Chef dan seorang pegawai wanita yang dirasuk roh hantu! Haa, menarik kan? Haha!

BLACK

Sumber gambar: YouTube Start K-Star

K-Drama bertajuk Black yang ni pun lain daripada yang lain! Kalau #Lunagirls pernah layan drama Goblin, korang boleh relate dengan cerita ni.. Sebab ia mengisahkan tentang seorang grim reaper yang jatuh cinta dengan seorang gadis! Bayangkan macam mana mereka pergi dating kan? Mesti awkward.. Haha! Dalam drama ni ada juga unsur misteri.. Kalau korang minat, boleh cuba layan okay?

STRANGER

Sumber gambar: www.pinterest.com

K-Drama Stranger pernah tersenarai dalam New York Times list of Best TV Shows of 2017! Dan berjaya memenangi beberapa awards di Baeksang Arts Awards! Nampak tak sebab apa sebenarnya cerita ni kita kena tengok! Power! Drama ni mengisahkan seorang oppa yang hati kering terpaksa team up dengan seorang unnie yang lemah lembut untuk selesaikan misteri pembunuh bersiri! Siap kena undercover! Fuh! Kalau #Lunagirls minat kisah misteri, try layan drama ni okay!

BOYS OVER FLOWERS

Sumber gambar: www.amazon.com

Oppa Lee Min-Ho handsome sangat dalam drama ni! Hihi! Drama Boys Over Flowers mengisahkan tentang cabaran pelajar sekolah, Geum Jan-Di dan kumpulan F4! Siapa F4? #Lunagirls kenalah tengok.. Hihi! Handsome oppa tu tau! Jan-Di dan kumpulan F4 mula ‘berperang’ bila Jan-Di tak sengaja jatuhkan ais krim atas kasut Goo Joo-Pyo, ketua kumpulan F4! ‘Perang’ mereka cute tau.. Haha! Menarik kan? Cepat masukkan dalam senarai K-Drama korang sekarang!

Kalau #Lunagirls ada senarai K-Drama yang nak LUNARIA review, boleh komen dekat bawah tau! Jom kita sambung layan drama daripada termenung mengenang nasib tak dapat pergi konsert BLACKPINK! Huhu! Psst, untuk BTS ARMY, LUNARIA ada surprise untuk korang.. Nantikan okay? Hihi!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Brush Makeup Paling Onz Untuk Beginner!

Ssshhh! Ni Port Rahsia Nak Sorok Barang…