in ,

Tak Cukup Guna Cawan, The Alley Jual Bubble Tea 5 Liter!

Kejap! Biar betul The Alley ada jual air bubble tea 5 liter? Siapa nak minum banyak-banyak? Dahlah botolnya sama besar dengan botol minyak mak dekat dapur!

Ya, jangan terkejut sangat girls sebab benda ini memang betul ya, bukan main-main. Kalau korang memang penggemar bubble tea, mesti tak ada masalah untuk korang habiskan air sebanyak ini dengan sekelip mata saja.

via GIPHY

Baru-baru ini, The Alley yang sangat popular dengan minuman bubble tea melancarkan minuman size 5 liter pada 4 Oktober yang lepas dengan berharga RM79. Bayar RM79, korang dapat satu botol besar bubble tea dan bolehlah ambil masa seminggu untuk habiskan, huhu!

Actually kalau korang beli bubble tea sebanyak 5 liter, korang dikira layak untuk sertai cabaran The Alley dan memenangi 5 liter lagi bubble tea favorite korang! Pengsan sis nak habiskan 5 liter, then kalau menang nak kena habiskan lagi 5 liter.. Fuh! Alamatnya memang kena panggil geng untuk habiskan bubble tea..

www.vitdaily.com

Dah ramai rupanya yang join contest Ini ya. Tapi macam mana mereka semua boleh habiskan air yang banyak itu? Tak bloated ke perut minum banyak air dengan bubble tea sekali? Kalau Ainaa baru nak sampai 10 sedut dah kembung perut. Korang ada ke yang dah join contest ini? Nak tahu juga berapa lama masa yang diambil untuk habiskan satu botol besar..

Kalau tengok reaksi netizen dekat Twitter, ramai yang terkejut dengan cabaran baru ini. Mana tidaknya, dahlah bubble tea memang manis, nak habiskan satu botol, tak ke kerja gila namanya? Silap haribulan lepas habis 5 liter, terus berpotensi kena buat medical check up!

Kuantiti gula yang ada dekat dalam botol 5 liter itu mesti banyak sebab even dalam bekas biasa pun dah memang manis, inikan yang banyak macam itu. Lepas minum kena terus cari air mineral banyak-banyak untuk hilangkan rasa manis dalam mulut.

For those yang teringin nak join contest, bolehlah join sekarang. Nanti boleh share experience korang dengan Ainaa, mana tahu Ainaa tertarik nak try juga ke? Alaa, tapi rasa macam takut pula sebab Ainaa dah cukup manis, nanti minum bubble tea bertambah manis pula, hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jadi Budak Baik Bukan Bermaksud Diri Membosankan

No More Buli Siber, ‘Sulli Act’ Bakal Dikuatkuasa Bulan Depan