in ,

Tak Bosan Ke Asyik Tiru Orang Je?!

Sumber gambar: http://lifewithdogsandcats.com

Orang pakai jam baru dia nak tiru, orang tukar cara dress up pun dia tiru juga. Tu tak termasuk kerja sekolah lagi, tiap hari nak tiru sampaikan idea yang kita keluarkan pun dia curi! Urghhh, dasar copycat!

Fuhh, sakitnya hati kalau ada kawan macam ni kan. Kalau sekali dua tu boleh tahan lagi la, tapi kalau dah sampai tahap semua benda dia nak tiru kita memang dah melampau. Lagi-lagi kalau ada idea bernas yang kita dah kemukakan pada cikgu or teammate, sekali dia ambil pula idea tu. Chill okay, kita cuba handle dengan cara ni.

LUAHKAN RASA TAK PUAS HATI

via GIPHY

Perasaan sakit hati ni, kalau lama-lama simpan boleh jadi toxic tau. So, before jadi berlarutan why not korang face to face dengan si copycat tu dan terus terang tentang rasa tak puas hati kita. At least dia sedar perbuatan dia tu buat kita rasa annoying!

ELAKKAN DIRI DARIPADA DIA

via GIPHY

Andai ditakdirkan kena buat projek untuk certain subject dekat kelas dan boleh pilih ahli kumpulan sendiri, benda pertama yang korang kena elakkan ialah satu kumpulan dengan dia. Cuba cari teammate yang lain supaya idea korang tak kena ciplak sebab nanti mesti dia yang dapat nama atas hasil penat lelah korang. Bagi la alasan yang korang nak try bekerjasama dengan orang lain pula, hihi.. Bijak kan !

AJAK BRAINSTORM IDEA

Sumber gambar: https://business.tutsplus.com/tutorials/how-to-run-an-effective-brainstorming-session–cms-27145

Semua benda dah buat… tegur sudah, semua tak jalan. Korang pula yang bertambah sakit hati. This time ajak dia duduk satu meja dan brainstorm idea supaya dia tahu yang dia perlukan idea baru, bukannya copycat idea orang lain then ubah sikit-sikit je kononnya untuk nampakkan yang dia langsung tak tiru idea orang lain. Kan lagi bagus kalau dapat berkongsi idea, at least benda tu akan jadi lebih menarik.

ANGGAP KORANG NI ‘IDOLA’ DIA

via GIPHY

Bukan senang sis, orang nak tiru kita ni. Anggap je la bila kawan tu tiru gaya, idea atau apa je perkara yang berkaitan diri kita, sebagai perkara positive. Mungkin dia jadikan diri korang as ‘idola’ dia dalam hidup sampai semua benda nak tiru. Boleh jadi juga kan benda tu? So korang ni boleh dikategorikan dalam senarai orang yang terpilih sebab ada orang lain yang sudi nak jadi macam diri korang. #BukanBesheBeshe

Harapnya budaya copycat daripada bermacam-macam aspek ni tak berlarutan sampai ke besar la. Minta-minta la perangai ni tak bawa sampai ke tempat belajar bila dah habis sekolah nanti. Jangan buat sampai orang tak suka dengan kita ya.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pagi Raya Pakai Bedak Ke Tepung?

Syafiq Kyle & Mimi Lana Enggan Menunjuk-nunjuk