in ,

Tak Bawa Barang Ni Balik Kampung, Tak Raya La Nanti!

Sumber gambar: https://www.rd.com/home/cleaning-organizing/packing-mistakes/

Neno neno neno neno~ It’s time to balik kampung!!!! Excited sangat rasanya nak balik kampung tahun ni. Harapnya tak ada la barang yang tertinggal dekat rumah.

Apa?! Ada barang tertinggal nak bawa balik kampung?! Masalah besar ni girls kalau korang tertinggal barang. Nak patah balik? Memang tak la, risau nanti malam raya baru sampai ke kampung. Biasanya balik kampung mesti nak bawa plug extension la, hanger la itu ini… Tapi ada barang lain yang korang mungkin terlepas pandang which is…

EXTRA CABLE PHONE

Sumber gambar: https://www.lotmoredeals.com/products/laava-10-feet-3m-braided-lightning-cable-for-iphone-5-5c-5s-6-6plus

Kalau korang pengguna iOS, masalah cable ni memang tak dapat nak dielakkan. Lagi-lagi kalau cable yang digunakan tu tak original. Kalau nak beli baru pun leceh juga, orang lain sibuk nak beraya tapi korang pula sibuk nak ajak pergi cari cable phone, kedai pulak mostly akan tutup.. Boleh je kalau nak pinjam cable sedara yang lain, tapi diorang pun nak charge phone juga kan? Kalau boleh jangan susahkan orang lain ya girls.

INSTANT WEAR

Sumber gambar: https://www.pinterest.com/pin/329607266471598650/?lp=true

Dah petang raya, baju pun dah tukar pakai baju rumah. Sekali ada orang hon dekat depan. Nak pakai baju raya balik confirm tak sempat, tudung pun dah berkedut. Ni la masanya untuk korang gunakan tudung express dan cardigan.. Tak sampai 1 minit dah siap, boleh la tolong sambut tetamu dekat depan rumah. Jimat masa dan tenaga. Hehe!

BANTAL DAN SELIMUT

Sumber gambar: http://homestayalhanadirompin-rosnah.blogspot.com/2011/06/homestay-al-hana-di-kuala-rompin-pahang.html

Bila dah ramai sangat dekat kampung, mesti tak cukup bantal, toto atau selimut kan. Bonus point for those yang dah prepare bawa bantal dan selimut sendiri. Tak ada la berebut dengan sedara yang lain nanti. Terpulang la nak bawa berapa banya bantal yang korang nak, tapi kalau bawa extra pun takpe. At least boleh bagi sedara lain pinjam.

UBAT UBATAN

Sumber gambar: https://healthydebate.ca/2017/04/topic/essential-medicines

Kata orang malang tak berbau. Tengah seronok beraya, tiba-tiba korang rasa nak demam, selsema atau tak sedap badan. That’s why kena get ready bawa ubat-ubatan. Nak beli pun tak boleh sebab kedai runcit atau farmasi confirm tutup punya. In case kalau korang tak sakit pun, boleh la bagi pada keluarga yang memerlukan.

PAKAIAN RAYA

Sumber gambar: http://missmafia.co/2018/05/25/check-out-these-female-malaysian-designers-for-your-raya-2018-outfit/

Sibuk check list barang lain, sekali terlupa nak kena bawa baju raya! Menangis la sis kalau pagi raya dah siap pakai makeup tapi baju raya tak bawa. Alamatnya korang kena beraya pakai baju kaftan je la. Hehe! Nak lagi senang, iron baju terlebih dahulu dekat rumah, nanti tak ada la berebut iron dengan yang lain.

Fuhh, tak sabar rasanya nak sambut raya tahun ni. Mesti banyak duit raya boleh collect dekat kampung. Ainaa dan LUNARIA nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua #Lunagirls.  Berhati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Sebab Tudung, Rosak Mood Raya!

Tips Travel Waktu Tengah Puasa!