in ,

Tak Ada Idea Masak Berbuka? Ini Idea Simple

Sumber gambar: https://caspiannews.com/news-detail/baku-hosts-street-food-festival-2018-6-12-57/

Dah masuk minggu kedua bulan Ramadhan, mak korang mesti dah tak ada idea nak masak apa untuk berbuka dan sahur kan. Ye la, kadang-kadang teringin juga makan makanan yang berbeza sikit waktu bulan puasa ni. Dekat Instagram sekarang dah ramai orang share resepi masakan. Jom la kita usha sikit, mana tahu boleh buat idea untuk berbuka nanti ke, hihi!

SYAFKUN

View this post on Instagram

Vlog 102 – PUASA 7 Cut the crap, jom buat Prosperity burger, asyik nasik je, try western lak Bahan-bahan: πŸŒ• 2 sudu mentega (2 spoons butter) πŸŒ• 1 sudu tepung gandum (1 spoon flour) πŸŒ• 1 bawang Holland, blend (1 Holland Onion, Blended) πŸŒ• 1 sudu kicap pekat (1 spoon thick soy sauce) πŸŒ• 2 sudu sos tiram(2 spoons oyster sauce) πŸŒ• 200g-300g daging kisar (200g-300g minced beef) πŸŒ• Lada hitam (Black Pepper) πŸŒ• Lada putih (White Pepper) Cara-cara: πŸŒ• Letakkan black pepper dan lada putih kat daging kisar πŸŒ• Gentel sebati dan buat bentuk patty πŸŒ• Masak patty dalam minyak dalam rice cooker πŸŒ• Keluarkan patty yang dah masak πŸŒ• Letakkan 2 sudu butter dalam rice cooker πŸŒ• Bila dah cair, letak 1 sudu tepung gandum, tunggu jadi kuning sikit πŸŒ• Masukkan 1 biji bawang blended, 1 sudu kicap, 2 sudu black pepper, 2 sudu oyster sauce πŸŒ• Tunggu sampai masak, lepas tu rendam patty yang dah masak tadi dalam sos black pepper πŸŒ• Sedia untuk dihidang Prosperity ni keluar time time tertentu je dalam setahun, so kena belajar buat sendiri kalau mengidam FOLLOW: IG: @syafkun Fb: Syaf Kun No prejudice. All material owned by Pav. PLT #beauty #beautiful #travel #iftar #ramadan #malaysia #2019 #minum #ootd #puasa #pretty #fashion #fashionista #sahur #cat #kualalumpur #catsofinstagram #resipi #entrepreneur #motivation #food #foodie #lapar #eat #recipe #tasty #foodporn #juice #kitty #puasa

A post shared by Syaf Kun (@syafkun) on

Memandangkan sekarang tengah bulan Ramadhan, pemilik accountΒ Instagram Syafkun ni akan kongsikan 30 resepi selama 30 hari tanpa henti! Setiap hari dia akan post resepi makanan dan minuman yang menyelerakan untuk korang jadikan idea untuk masak nanti. Apa yang menariknya ialah sebulan ni, Syafkun akan share resepi memasak tanpa menggunakan dapur masak. Korang just perlukan periuk nasi je sebab konsep dia mudah dan cepat! #Lunagirls pun boleh try masak sendiri tau semua resepi dia. Nanti bila free, cuba la salah satu resepi yang menarik.

KHAIRULAMING

View this post on Instagram

Puasa Day 1 : Pearl Milk Tea 🍡 . . Bahan2/Ingredients: πŸŒ•1/2 cawan gula perang (1/2 cup brown sugar) πŸŒ•1 cawan air (1 cup water) πŸŒ•Pewarna Hitam (Black food dye)-optional πŸŒ•2 cawan tepung ubi kayu (2 cups tapioca starch) πŸŒ•1 cawan gula perang (1 cup brown sugar) πŸŒ•4 cawan air (4 cups water) . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. . #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #pearlmilktea #brownsugarmilktea #puasa #ramadan #menuberbuka #iftar

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Siapa je tak kenal dengan Khairulaming ni? Before this Ainaa pernah share article tentang dia juga and this time, sekali lagi Khairulaming muncul dengan resepi simple sempena bulan Ramadhan. Sama juga konsep macam Syafkun tadi, sepanjang bulan Ramadhan, dia akan post video resepi sampai buatkan Ainaa stuck dekat IG dia beberapa minit.Β Bukan nak cakap apa la, semua makanan dan minuman yang dia buat memang boleh mencabar keimanan kita yang senipis kulit bawang ni, hihi.Β Make sure korang tengok IG dia waktu nak masak je tau, waktu tengahari dilarang sama sekali sebab takut nanti korang buka peti ais pula.

EINA AZMAN

Dulu pelakon tapi sekarang dah jadi suri rumahtangga sepenuh masa.Β Kalau korang tengok IG dia, confirm rasa terliur, macam-macam resepi masakan yang dia kongsikan. Perut yang tak lapar pun boleh jadi lapar tau sebab semuanya menyelerakan! Setiap kaliΒ holiday ke oversea dengan family, Datin Paduka Eina Azman tetap akan masak untuk satu family sampai sanggup bawa bahan-bahan masakan ke mana pun diorang pergi. Resepi dia semuanya simple, so boleh la ajak mak korang tengok sekali menu apa yang sesuai untuk masak waktu berbuka nanti.

RAFFIE YUSOFF

Dah la cute, pandai masak pula tu! Eh? Last but not least, korang boleh tengok Instagram Raffie ni untuk idea masakan berbuka. Dalam resepi masakan dia ada kelainan yang tersendiri. Korang pernah makan tauhu begedil cheese? Mesti tak pernah dan tak tahu macam mana nak buat kan? Kalau tak pernah, cepat-cepat tengok resepi yang Raffie ni buat. Dia bukan setakat masak makanan berat, tapi ada jugaΒ dessert, air dan kuih muih tradisional. Raffie ni pun banyak share resepi masak bermacam nasi goreng. Lepas ni boleh la hari-hari korang tukar-tukar resepi masak nasi goreng untuk sahur. Confirm mak bertambah sayang sebab dah ringankan beban dia dekat dapur.

Dalam seronok tengok resepi masakan, jangan sampai korang terbatal puasa pula ya. Tengok boleh, makan je tak boleh kalau before azan maghrib, Selamat memasak girls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bulan Puasa Makin Malas? Jaga-jaga πŸ‘€

Sandal ONZZ Untuk Raya!!