in ,

Tahniah SPM Candidates 2018! #YouTheBest πŸ‘

Sumber gambar: Pencil Joy

Ainaa dan LUNARIA ucapkan TAHNIAH pada semua SPM candidates 2018 yang dapat result gempak semalam. For those yang tak dapat result yang korang mahukan, it’s okay girls perjalanan korang masih lagi panjang dan banyak lagi benda yang perlu ditempuhi. Hari ni Ainaa akan share dengan korang antara SPM candidates yang berjaya peroleh keputusan cemerlang berdasarkan perkongsian diorang dekat social media.

DAHLIA RIZAL

Sumber gambar: Twitter DahliaRizal

Dahlia Rizal, one of Social Media Influence dekat Instagram pun ambil result SPM semalam and even dia tak share her result, tapi Ainaa rasa dia dah peroleh keputusan yang terbaik. Before this,Β Dahlia bagitahu yang result trial dia tak begitu memberangsangkan. Tapi semalam dia dah buktikan yang she can do better! Just imagine, dia berjaya score B+ untuk subject Maths sedangkan sebelum ni dia hanya dapat G untuk subject tu. Tahniah awak!

ZARIF AZRI

Apa perasaan korang kalau, bila exam langsung tak dapat score untuk subject teras. Tapi bila SPM, you girls dapat straight A’s pula? Mesti happy kan? Itu la yang Zarif Azri ni rasa! Dia ialah salah seorang student MRSM Taiping yang berjaya dapat A+ untuk subject Additional Mathematics. Waktu ujian dulu dia hanyaΒ score 38% sahaja which is gagal! Kata orang kalau ada usaha pasti berjaya kan. Bak kata Zarif “Heads up, and hit back hard”..

OSAMA YAMANI

Sumber gambar: www.mhetv.my

Sepanjang exam di sekolah menengah, tak pernah dapat A tapi bila SPM ada tiga subject berjaya peroleh A! Tahniah juga pada Osama Yamani which is anak kepada penyanyi legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah yang dapat 3A SPM 2018 semalam! Kata Osama, waktu trial SPM, half daripada 8 subject tu dia gagal tapi sekarang dia dah buktikan yang dia mampu..Β Even tak dapat straight A’s sekali pun, tu tak buatkan dia putus asa untuk terus berjaya pada masa akan datang.

HILMI FARHAT

Kehilangan orang yang tersayang memang akan rasaΒ down dan sedih, especiallyΒ kalau orang tu ialah ibubapa sendiri. Walaupun dah kehilangan ayah, Hilmi tetap berusaha untuk dapatkan keputusan yang cemerlang demi banggakan ayahnya. Semalam, Hilmi ada share result dia dekat Twitter dan kejayaan tu juga diraikan oleh kawan-kawan dia yang lain. Bestnya bila dapat banggakan parents dengan kejayaan macam ni kan girls.

Ainaa harap after this korang akan tetap berusaha untuk terus berjaya dalam hidup. Jangan anggap kegagalan tu sebagai pengakhiran dalam kehidupan. Walau berkali korang jatuh, cuba untuk bangun dan tetap berusaha! #Lunagirls yang bakal hadapi peperiksaan SPM, masih ada masa lagi untuk korang terus berusaha!

 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cik Bunga Sihat, Kita Pun Happy…

Scarf Viral, Lebih Trend!