in ,

TAHNIAH ATEEZ! Raih Album Paling Laris Kalahkan EXO-SC & Red Velvet

Sumber gambar: www.tmrwmagazine.com

Hebat Atiny berjaya bantu ATEEZ raih album terlaris! Good job guys!

ATEEZ mencipta kegemilangan berterusan menerusi penjualan album terlaris di dalam seminggu di Korea pula selepas kejayaan meraih pembelian awal melebihi 250k unit sebelum ini.

Album ‘ZERO: FEVER Part.1’ telah berjaya memperolehi jualan sebanyak 233,399 unit di dalam seminggu sekaligus mengenepikan EXO-SC (Chanyeol & Sehun), sub-unit Red Velvet (Irene & Seulgi) serta Yoon Doo Joon HIGHLIGHT yang masing-masing berada di kedudukan no.2, no.3, no. 4 di dalam carta album Gaon. Pencapaian ini juga merupakan lonjakan berganda daripada perolehan dibuat oleh album terdahulu, Treasure Epilogue: Action to Answer dengan jualan sekitar 63,833 unit di dalam seminggu.

Bercakap tentang kejayaan awal ‘ZERO: FEVER Part.1’, Yunho meletakkan penghargaan sepenuhnya kepada sokongan padu oleh peminat mereka. “Terima kasih pada ATINY. Ianya tak berhenti di sini saja, malah menjadi batu loncatan untuk kami kejar-mengejar bersama mereka dan membuatkan kami sentiasa berasa syukur,” katanya. Album ‘ZERO: FEVER Part.1’ melahirkan single ‘Inception’ buat tatapan peminat.

Sementara itu, EXO-SC yang dipelopori oleh dua orang jejaka muda daripada kumpulan EXO, Chanyeol dan Sehun, tetap membuktikan penguasaannya di dalam carta album Gaon menerusi album duet 1 Billion Views selama hampir sebulan sejak pelancarannya. Album 1 Billion Views telah berjaya memperolehi jualan sebanyak 412,588 unit di dalam seminggu, dan telah pun mencecah setengah juta unit jualan terkumpulnya setakat ini. Manakala, Yoon Doo Joon yang kembali dengan album solo terbaru, ‘Daybreak’ pertama kali sejak 14 tahun, berjaya mendapatkan jualan albumnya sekitar 25k unit di dalam seminggu, akhirnya meletakkannya di tangga ke-4 di dalam carta album Gaon pada minggu ini.

Bukan mudah untuk sebuah kumpulan K-Idol untuk raih sesuatu yang besar seperti ini. Disebabkan terlalu kumpulan idol, persaingan antara mereka sangat kuat dan ini merupakan salah satu batu loncatan untuk kumpulan ATEEZ melangkah cipta nama di mata dunia pula. Kalau ada antara korang yang baru sahaja mahu kenali kumpulan ini, jom LUNARIA kongsikan beberapa fakta menarik tentang mereka:

ATEEZ (에이티즈) adalah boy group dianggotai 8 orang di bawah naungan KQ Entertainment. Mereka terdiri dari Hongjoong, Seonghwa, Yunho, Yeosang, San, Mingi, Wooyoung, dan Jongho. Junyoung tidak dimasukkan dalam line-up final ATEEZ. Mereka debut pada 24 Oktober 2018 dengan lagu ‘Treasure’ dan ‘Pirate King’. Pada 8 Julai 2019, ATEEZ telah menandatangani kontrak bersama label rekaman dari USA iaitu RCA Records.

  • Nama Rasmi Fandom ATEEZ: ATINY (a combination of ATEEZ + DESTINY)
  • Instagram: @ateez_official_
  • Twitter: @ateezofficial
  • V LIVE: ATEEZ
  • Facebook: ATEEZofficial
  • YouTube: ATEEZ
  • Fancafe: ATEEZ

Jadi untuk korang yang mungkin berminat untuk join fandom ATEEZ, korang boleh mula tengok balik video debut mereka. Boleh tahan juga oppa-oppa kita ya..

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Comeback Lagu K-Pop Bulan Ini Yang Patut Korang Layan!

Senarai BBNU Baharu Bakal ‘Dilahirkan’, JAGA-JAGA!