in ,

TAHNIAH Adik-Adik UPSR 2018!

Sumber Gambar: https://www.malaymail.com

Tahniah buat adik-adik yang baru sahaja menerima keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) minggu lalu! Untuk yang berjaya teruskan buat parents korang bangga, dan bagi yang dapat keputusan yang kurang memberangsangkan, jangan bersedih, teruskan usaha korang okay! #Youcandoit Harini LUNARIA nak kongsi cerita inspirasi UPSR 2018 yang menarik!

NAK BELAJAR 7 BAHASAΒ 

Sumber Gambar: https://www.worldofbuzz.com

Damia Alexandria binti Zakri merupakan satu-satunya pelajar daripadaΒ Terengganu yang berjaya skor 8 A untuk UPSR tau! Wow! Dan kalau #Lunagirls nak tahu, adik Damia bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Cina! Gadis cilik ini memegang impian untuk master dalam 7 bahasa.. You go girl!

KEMBAR 3 BERJAYA

Sumber Gambar: https://www.thestar.com.my

Bersekolah di SK Taman Megah, ketiga mereka berjaya memperoleh semua A untuk keputusan UPSR! Ibu mereka ada share tips bagaimana untuk mengajar mereka iaitu dengan mengasingkan mereka dari satu sama lain, untuk tak selalu berborak. Haa! Lepas ni korang elakkan berborak tau! Haha!

ANAK PESAWAH CEMERLANG

Sumber Gambar: https://www.bharian.com.my

Meskipun menetap di luar Bandar, ia bukan satu alasan untuk kita tidak belajar bersungguh-sungguh. Itulah yang dibuktikan oleh Farish Fitri Moktar dan Nur Alia Natasya yang masing-masing meraih 6A untuk keputusan UPSR mereka! Adik Farish dan adik Alia kata ibu bapa mereka merupakan pembakar semangat untuk mereka untuk mencapai kejayaan ini!

TARIAN BUKAN HALANGAN

Sumber Gambar: https://www.bharian.com.my

Aktif dalam menyertai tarian peringkat dunia bukan halangan bagi Ivy Michelle Jerry untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR! Adik Ivy berkata walaupun penat atau sibuk macam mana, dia tidak pernah mengabaikan pelajaran di sekolah, malah dia kuatkan semangat untuk kekalΒ focus!

LUNARIA harap kejayaan adik-adik UPSR 2018 kali ini menjadi inspirasi #Lunagirls untuk terus semangat mengejar sitia-cita! Jangan pernah sesekali kita rasa putus asa dalam apa yang kita buat sebab dekat luar sana mungkin ada yang menghadapi cabaran yang besar! Tahniah sekali lagi LUNRIA ucapkan kepada adik-adik UPSR!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aplikasi Belajar Bahasa Mandarin!

Jom Naikkan Semangat Diri Dengan Lagu!