in ,

Taeyeon Depress Nak Fokus Rawat Diri Tahun Baru 2020

Sumber gambar: billboard.com

Korang mesti kenal dengan Taeyeon Girl’s Generation atau SNSD iaitu idol dari generasi kedua yang masih lagi mendapat nama sehingga kini. Pada tahun 2019 lalu yang baru sahaja meninggalkan kita ini sebenarnya Taeyeon telah menjalani hidup yang sangat berat sebab dia telah kehilangan dua orang sahabatnya iaitu Sulli bekas anggota F(X) dan Goo Hara bekas kumpula KARA yang meninggal dunia akibat bunuh diri dek kerana tekanan hidup. Tak lupa juga dengan sahabatnya yang meninggal pada tahun 2017 iaitu Jonghyun SHINee akibat alasan yang sama. 

Sumber gambar: Soompi

Seperti yang peminat K-Pop sendiri tahu juga, sebelum ini Taeyeon juga mengaku yang dia menghadapi depresi pada tengah tahun lalu dan sudah mengambil masa untuk membaik pulih keadaannya supaya jadi lebih baik untuk dirinya sendiri dan peminat kesayangannya. Dan baru-baru ini iaitu pada 31 Disember lalu, Taeyeon telah mengungkapkan satu luahan perasaan di akaun peribadi media sosialnya di Instagram iaitu @taeyeon_ss tentang wish dia untuk tahun 2020 kali ini. 

 

View this post on Instagram

 

안 좋았던 기억들을 되짚어 보는 일은 너무나도 힘겹고 가혹하기에 최대한 좋았던 기억을 떠올려 보지만 왜 자꾸 흉이 남아서 눈에 보이고 짠하고 아픈건지 . 2020년엔 재생치료에 좀 더 신경쓰고😂 날 토닥여 줄 수 있는 여유가 생겼으면 좋겠습니다. 나 스스로를 내가 제일 잘 알기에 🖤 다들 많이 사랑하세요 사랑 할 수 있을 때 뭐가 됐든 🙏🏻 #잘가라십구년아 #어서와이십년아 #HappyNewYear

A post shared by TaeYeon (@taeyeon_ss) on

Taeyeon membuat satu post gambarnya dengan caption yang panjang menyatakan bahawa dia akan cuba untuk tidak terlalu aktif pada tahun 2020 ini kerana beliau ingin fokus kepada rawatan dirinya yang depresi dan tahap kesihatan mentalnya supaya jadi lebih baik seperti sedia kala. Iyalah, siapa yang ikuti career Taeyeon ini dari awal, mesti korang kenal yang sebenarnya dia ini adalah seorang yang sangat ceria dan menghiburkan orang sekelilingnya dan ramai yang tak sangka lebih lagi peminatnya yang dia menghadapi depresi.

Sumber gambar: AllKpop

Because looking back on bad memories is difficult and cruel, I’m doing my best to recall good memories. But the scars are still there. I can still see them, and it’s sad and painful. Going to focus more on treating those scars in 2020, and I’d like it if I found peace of mind enough to comfort myself. Since I know myself best.

Love lots, everyone. Love whenever you can, whatever it is. #Goodbye2019 #Welcome2020 #HappyNewYear

Taeyeon menyatakan dan bercerita tentang soal dirinya sendiri bagaimana untuk hadapi tahun baru 2020. Katanya, walaupun dia berjaya dalam career-nya dia juga menghadapi banyak sangat masa susah dan dia memang tak boleh lupa tentang dia ditinggal oleh kawan-kawannya buat selama-lamanya iaitu mendiang Sulli, Hara dan Jonghyun.

Sumber gambar: NST

Selain itu, Taeyeon juga berjanji kepada peminatnya, tahun ini dia akan fokus dalam mendahulukan kesihatan mentalnya dengan menjalankan terapi. Ini disebabkan untuk memberikan ruang kepada dirinya sendiri yang sentiasa sibuk sebagai seorang selebriti. Peminatnya juga memberikan banyak komen dan kata-kata berunsur semangat supaya ia akan merasa lebih baik pada masa akan datang. 

Sumber gambar: onehallyu

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cupcake Aisyah Hadiahkan RM 10 Ribu Untuk Mama

Makanan Hydrating Terbaik Untuk Pelajar