in ,

Sweet Couple Influencer Bercinta Sama Sendiri, No. 3 Paling Fav!

Sumber gambar: instagram.com/sharifahrose_ /twitter.com/Camilianoh

Ehh, semalam macam nampak ada couple Instafamous dating dekat mall. Mesra semacam je, baru bercinta ke?!

Amboi amboi, dah macam makcik bawang pula.. Asal nampak lelaki dengan perempuan mesra sikit terus kata mereka bercinta. Tapi kalau cakap tentang bercinta, nampaknya macam ramai pula Instafamous yang bercinta sesama sendiri. Mesti best sebab masing-masing faham kerja masing-masing, tak ada nak terasa hati kalau salah seorang busy. LUNARIA ada juga dapat cari beberapa Instafamous yang bercinta sesama sendiri, jom kita tengok sikit. Maybe ada antara mereka yang jadi favorite korang ke nanti?

LIYA MAISARA DAN FIKRY KIKI

Siapa kenal couple cute ini? Kalau korang follow Instagram mereka, mungkin korang pun suka juga tengok aksi comel masing-masing. Untuk pengetahuan korang, Liya pernah viral dulu sebab gambar dia makeup dapat banyak likes sehinggakan ramai orang terkejut sebab dapat tahu waktu itu umur dia baru 12 tahun.

Before this Liya dengan Kiki pernah digandingkan bersama dalam rancangan TV Salam Squad dan mulai saat itu mereka mula berkenalan.

Tapi memandangkan mereka masih lagi bawah umur dan bersekolah, setiap kali nak keluar dating mesti akan ada peneman. Rasanya bab duit mungkin tak ada masalah pun sebab masing-masing ada sumber pendapatan sendiri walaupun masih dibangku sekolah. Comel je tau bila tengok gambar mereka berdua di Instagram! Kejap lagi sis nak stalk Instagram mereka!

CAMILIA NOH DAN SYAZWAN RAZAK

Mereka berdua boleh dikatakan dalam kategori influencer yang bercinta tapi tak war-warkan sangat pada semua orang. Kiranya tak semua yang tahu yang mereka bercinta sebab mereka jarang juga nak post gambar sama-sama. Tapi sekali mereka post gambar, mesti outfit sedondon, macam couple Korea! For those yang tak tahu, Camilia dulu selalu share makeup tutorial, hijab tutorial dan banyak lagi di channel YouTube dia, cuma sekarang dah jarang sikit. Sis boleh dikira sebagai ‘fans’ Camilia juga sebab dia cantik sangat, makeup nampak simple but still pretty!

Dengarnya Syazwan ialah adik kepada Syafiq Kyle, betul ke?

Sebab ada tengok gambar Syazwan dengan Syafiq, nama bapa pun sama? Tapi boleh jadi juga sebab tengok muka mereka ni macam sama je? Siapa tahu jawapannya boleh komen di bawah!

SHARIFAH ROSE DAN AAZIEF KHALID

View this post on Instagram

miss you jendul

A post shared by Sharifah Rose Sabrina (@sharifahrose_) on

Hot couple! Macam yang korang tahu, before this Aazief pernah bercinta dengan Tyrakamaruzzaman yang juga founder kepada Beautyra. Tapi sayangnya hubungan itu hanya bertahan selama empat tahun sahaja. Tapi sekarang Aazief dah dapat cari pengganti iaitu si cantik manis Sharifah Rose yang juga model muslimah kepada banyak brand di Malaysia. Walaupun waktu mulanya perhubungan mereka berdua dapat tentangan daripada netizen, akhirnya mereka still teruskan hubungan macam biasa. Takkan sebab ramai orang tak suka, mereka nak terus putus pula betul tak? Asalnya ramai netizen kecam Rose sebab bagi mereka Rose rampas Aazief daripada Tyra, tapi hakikatnya mereka memang dah lama putus pun, cuma tidak kongsi dengan orang ramai. Itukan privasi mereka, takkan nak kecoh satu dunia? Apa pun, Sis suka juga tengok Rose dengan Aazief! Cute je mereka berdua sebab nampak malu-malu kucing!

HAMIRA DAN AQIL ZULKIFLEE

Hmm kalau dua influencer ini LUNARIA tak dapat nak teka sama ada mereka betul-betul bercinta atau kawan baik sahaja. Tapi masing-masing selalu post gambar sama-sama dan mention antara satu sama lain dekat komen Instagram. Mereka berdua boleh dikatakan sebagai influencer yang berjaya sebab ramai followers dan selalu buat banyak paid review. Antara review yang mereka buat ialah makanan! Before this nama Hamira agak panas sikit dekat Instagram sebab ramai orang kecam cara dia review makanan. Sampaikan dia buat video makan mee segera pakai tangan siap pakej ada gaul cheese sekali. Korang rasa okay ke kalau review makanan macam itu? Kita letak tepi kisah mee segera, sekarang ini korang rasa mereka bercinta atau setakat kawan baik sahaja?

Fuhh.. kalau nak list nama influencer yang bercinta sama sendiri, takut tak habis kisahnya. Rasanya memang ramai cuma mereka tak kecoh dan kongsi relationship mereka. Apa pun semoga hubungan mereka berpanjangan. Ada jodoh nanti kahwin jangan lupa jemput LUNARIA!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lelaki Rambut Kerinting Lebih Penyabar Dan Hot?

GIVEAWAY ALERT! Jom Tengok The Rose Live In KL!