in ,

Susun Masa Main Game Di Bulan Ramadan

Sumber gambar: https://unsplash.com/photos/eQcG6C9_wVg

Pejam celik, pejam celik…. dah puasa! Korang dah siap-sedia nak kumpul pahala banyak-banyak? Ummi pun excited masuk bulan Ramadan ni hehe. Tapi untuk gamer yang suka menghadap main game je, korang dah kena jadualkan bila nak main tau? Sebab di bulan yang mulia ini, penting lagi amal ibadah dari game korang tu. Bukan tak boleh main, kenalah ikut masa. Jom Ummi tolong korang macam mana nak susun masa untuk spend time sekejap untuk main game.

SELEPAS SAHUR

via GIPHY

Bagi yang bersekolah sesi pagi, mesti lepas je sahur korang sambung tidur balik sampai sembahyang Subuh pun terlajak kan? Ye la sebab takut mengantuk bila kat sekolah nanti. Apa kata sambil nak tunggu masuk waktu Subuh tu, korang boleh spend time sikit main game korang. Haaa at the same time korang mesti confirm tak terlajak lambat pergi sekolah jugak.

WAKTU SIANG

Sumber Gambar: http://lensaman.blogspot.com

Lepas balik sekolah biasanya kita makan dan tidur, apa kata korang gantikan waktu makan itu dengan main game. Jadi kita akan sedikit leka ketika bermain game, taklah asyik merungut lapar lah, haus lah, dan bila nak buka. Hm! Kan tak elok merungut macam itu. Elak tak ikhlas je puasa kita tau. Tapi kalau tengah main game tu, mak minta tolong mengemas atau siapkan meja makan janganlah mengeluh pulak ya?

SEBELUM BERBUKA

via GIPHY

Lepas je tolong mak kita di dapur nak siap-siap makan untuk berbuka, apa kata kita ambil masa rehat untuk bermain game sementara tunggu waktu berbuka. Confirm cepat je masa berlalu nak tiba azan Maghrib tu sebab selalunya mesti kita mengharapkan waktu berjalan dengan cepatkan? hihi. Faham sangat!

SELEPAS TERAWIH

Sumber gambar; https://www.majalahpama.my

Biasanya lepas terawih, kita sambung makan atau secara tradisionalnya dipanggil, moreh. Bila dah kenyang dan nak get ready untuk tidur, boleh la rilek-rilek main satu game tapi satu game je, jangan dua, tiga game pulak. Kalau tidur lewat, liat nak bangun sahur lepas tu esoknya mengadu lapar sebab tak sahur, jangan ya girls.

Jadi nak main game apa pun ketika bulan puasa tak ada masalah, tapi korang kenalah utamakan mana yang penting dulu which is ibadah korang then baru balancekan masa untuk main game. Selamat berbuka #Lunagirls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Risau Bau Kentut Boleh Pengsankan Orang Sekeliling?

Tips Guna Eyelash Curler