in ,

Susahnya Nak Control Diri Waktu Puasa!!

Sumber gambar: https://movies.mxdwn.com/news/captain-marvel-predicted-to-soar-at-160-million-opening-weekend-box-office/

Puasa ni bukan setakat kita tahan lapar dan dahaga je. Tapi juga tahan diri daripada buat perkara sia-sia supaya kita kuat dalam hadapi banyak cabaran serta dugaan yang datang. Bila kita pandai control diri, pahala puasa pun mesti tak berkurangan malah akan bertambah setiap masa. Jom baca cara control diri yang kita boleh buat…

SELF CONTROL DALAM BERKOMUNIKASI

via GIPHYTak dinafikan bila kita deal dengan manusia, mesti tahap kesabaran jadi tercabar kan? Before cakap apa-apa, fikir dulu effect dia pada orang dengar perkataan kita tu. Kawan sekeliling asyik bergosip? Jarakkan diri sekejap dengan diorang kalau time tu diorang tengah seronok ‘spill the tea’ tentang someone. At least korang tak ada la terjebak dalam aktiviti mengurangkan pahala puasa tu.

SELF CONTROL EMOSI DIRI

via GIPHYDah la tak sahur pagi tadi, dapat pula menghadap dengan manusia yang menyakitkan hati sampai buat kita rasa annoying! Korang kena kuat tahan emosi dan bijak untuk kawal diri sendiri. Ambil masa supaya korang dapat handle emosi tu at the same time ajar diri untuk bertenang. Atau cuba sibukkan diri buat benda lain supaya dapat elakkan daripada terus fikir tentang benda yang menyakitkan hati.

SELF CONTROL HOBI

Sumber gambar: https://recoveringshopaholic.com/2015/04/21/is-shopping-your-only-hobby/

Ada sesetengah orang hobi dia tu kearah negative which is shopping, buang masa atau apa je yang tak menyumbang pada manfaat diri. Cuba bayangkan kalau korang habiskan masa buat aktiviti kosong, sia-sia je puasa tu kan. Tetapkan matlamat berpuasa dalam diri, at least buat la something yang boleh mendatangkan pahala pada diri kita. Kuatkan diri untuk buang ‘hobi’ negatif tu supaya puasa korang akan jadi lebih bermakna.

SELF CONTROL NAFSU

Sumber gambar: http://www.nu.or.id/post/read/93316/dua-cara-menundukkan-hawa-nafsu

Nafsu apa pula ni? Ha, setiap manusia kan ada nafsu dan antara nafsu kita as a girls ialah makan, shopping, feelings dan banyak lagi. Time puasa ni, semua benda rasa sedap je sebab tu bila pergi bazar banyak benda yang korang beli tapi makannya tidak. Lagi satu bila nampak crush dekat sekolah, amboi mesti excited kan perasaan tu. Since sekarang bulan puasa, korang kena bijak kawal nafsu diri. Caranya mudah, cuba fikir kesan dan akibat kalau korang terlampau ikutkan nafsu tu. Tak ke mendatangkan kemudaratan pada diri? Renung-renungkan ya girls.

Tak susah pun nak control diri ni. Asalkan korang dapat terapkan dalam diri tentang kebaikan untuk diri kita kalau dapat control semua tu. Biar pahala tambah asalkan jangan berkurang ya.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rambut Raya Macam Bulu Ayam? Oh Tidakkk!

Checklist Barang Wajib Bawa Before Balik Kampung!