in ,

Jenis-Jenis Pemilik Phone Di Kalangan Remaja (Survey & Giveaway)

Sumber gambar: yourteenmag.com

“Weh, tengok Ayu kat tepi tu! Dia tukar phone lagi.. “

Di zaman era teknologi kini kebanyakan remaja memiliki phone mereka sendiri tidak kira iPhone users ataupun Android users. Kalau seseorang itu ada phone, semestinya akan layan media sosial untuk keep up with trending and viral news! Tidak terkejut kalau seorang boleh ada 5 akaun hanya untuk satu aplikasi! Tapi, tak semua remaja pemilik sebenar phone yang mereka gunakan.. Jom tengok kita jatuh dalam kategori pemilik phone yang mana? 

PHONE BAU KEDAI

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Bila kita beli atau pakai sesuatu yang baru, geng kita akan cakap.. “Bau kedai.. Bau kedai.. “ Setuju tak? Itu sangat normal di kalangan remaja.. Bercakap tentang beli benda baru, kita akan ada sekurang-kurangnya seorang kawan yang rajin tukar phone dan akan miliki sesuatu yang baru terlebih dulu daripada orang lain. Kegigihan dia untuk sentiasa up-to-date sangat mengagumkan sebab bukan semua remaja bertuah dapat pakai phone baru. Korang ada kawan macam ini atau korang sendiri yang sentiasa ‘bau kedai’? Untunglaaa…. 

PHONE PUSAKA

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Kalau tak dapat phone kakak, kita akan dapat phone abang.. Korang dalam kategori yang ini? Bukan tak beruntung dapat phone free, tapi kalau dapat phone yang dah digunakan beberapa tahun oleh kakak atau abang, condition phone tak macam Sharifah Rose. Ada saja yang kurang contohnya bateri cepat drain, screen pecah, atau paling sedih speaker phone bunyi radio rosak.. LOL! Terima sajalah, orang kata rezeki jangan ditolak!

PHONE MAK AYAH

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Adik, phone mak ada dekat awak ke? Meh sini, mak nak call kak long!”

Haa, kategori ini mungkin ramai.. Tak semua remaja beruntung ada phone sendiri, kita pinjam sajalah mak atau ayah punya. Walaupun agak susah nak chat dengan kawan-kawan, OTP dengan BFF atau scroll media sosial bila-bila masa yang kita nak, tapi lebih baik daripada tak boleh buat apa-apa langsung betul tak geng? It’s okay, mungkin korang boleh score next exam untuk pujuk mak ayah belikan phone korang sendiri? Good luck guys! 

Tak kisahlah korang jatuh dalam kategori yang mana satu, asalkan jangan salah guna kemudahan yang diberikan dan jangan gunakan ia sebagai alasan untuk hanya bergaul dengan geng di online sahaja. Sebelum itu, kami ada satu kaji selidik untuk mengenali korang dengan lebih baik! Jom luangkan 5 minit masa korang untuk jawab soalan-soalan di bawah. Psst, korang juga berpeluang memenangi realme Buds Air Neo dan realme Watch! Terima kasih guys sudi jawab survey ini. Korang sedikit sebanyak dah membantu untuk rapatkan relationship kita! 

Create your own user feedback survey

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Aktiviti Hari Raya Haji Yang Lain Daripada Lain

Fakta Dan Mitos Smartphone Korang Kena Tahu