in ,

Surprise Paling Onz Untuk Kawan!

Sumber gambar: http://favim.com/korean+girls/

Alamak! Birthday kawan nak dekat dah! Nak buat surprise macam mana eh? Tak ada idea lah, hmm… 

#Lunagirls ada yang tengah buntu nak surprise birthday kawan dengan geng lain, tapi tak tahu nak buat apa? Ada orang suka sangat baling-baling tepung. Ish, janganlah begitu kawan-kawan. Baling tepung, dah membazir satu, kesian juga birthday girl or birthday boy itu dah kotor dan comot time birthday dia. So, apa kata kita cuba cara ini, mungkin kawan kita akan suka!

PRANK

via GIPHY

Buat prank ini sangatlah tidak ketinggalan zaman ya kawan-kawan. Korang buatlah prank bergaduh ke, palau kawan itu ke, atau buat-buat konon semua orang hilang kat sekolah waktu hari lahir dia tu dan cara prank lain yang seronok sampai buat dia menangis pun tak apa. Selepas itu, korang kejutkan lah dia, kata yang benda yang korang buat itu prank dan “Happy Birthday!”. Zoe sure ada birthday girl or birthday boy akan terkejut dan terharu, tak pun dia akan gelak atau blur. LOL! Untunglah birthday girl or birthday boy.

SURAT

Sumber gambar: 

Biasalah zaman teknologi sekarang ini, dia macam rare sikit kalau nak bagi surat dekat birthday girl or birthday boy itu. Korang tulislah surat sebanyak umur kawan korang tu, kalau korang berkawan sampai tua umur 100 tahun, tulis je 100 surat tu, minta cucu tolong tuliskan, haha! #friendshipgoals Kalau nak cuba cara lain macam tulis nota dan tampal bentukkan macam angka umur dorang pun okay juga, lagi mudah.

DATANG RUMAH TANPA HINT

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=5FxWtqmVkbI

Tepat pukul 12 tengah malam yang mana dah masuk tarikh birthday girl or birthday boy. Apa kata korang datang rumah kawan tu, tapi jangan lupa minta izin parents kawan tersebut dan bagitahu korang nak datang buat surprise. Lepas itu, korang surprise-kan lah kawan awak. Confirm mereka terharu sebab yelah, sanggup datang tengah malam semata nak surprise-kan dia.

ROAD TRIP

via GIPHY

Ajak mereka pergi trip! Dekat mana? Tempat itu terpulang korang tapi blindfold-kan birthday girl or boy, sepanjang perjalanan korang dan bila dah sampai terus surprise-kan dia. Ala, untuk korang yang tengah sekolah itu, boleh bawa pergi taman, restoran best pun okay dah. Kalau dah besar sikit nanti, buatlah surprise dengan bawa kawan korang itu long trip. Siapa saja yang tak suka trip weh! Best!

Ala, semua tak perlu risau nak buat surprise apa untuk birthday kawan awak semua nanti sebab as long korang masih berkawan, mesti birthday girl or birthday boy itu bersyukur dan hargai usaha korang walaupun hanya dengan belikan a slice of cake dan wish happy birthday pada mereka. So, Happy Birthday untuk sesiapa yang baca ini pada hari jadi dia!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hilangkan Gagap Dengan Teknik Ini!

Kunyit Selamatkan ‘Mata Panda’