in ,

Superhero Jeon Jungkook Selamatkan Turtle?

Sumber gambar: https://twitter.com/jungkook_bts_fr

Korang pernah dengar Jeon Jungkook Save The Planet? Apa kena selamatkan Jungkook dengan turtle? Ada yang bosan ke tak habis-habis semua benda nak relate-kan dengan K-pop? Ada muak ke? Haha! Zoe saja nak buat korang triggered dengan hal ini. Apa pun, Zoe tetap peminat setia oppa Jeon Jungkook! 

via GIPHY

Untuk BTS ARMY, korang dah kenal Jungkook kan? Kalau korang nak tahu Jeon Jungkook Save The Planet adalah satu petition yang ARMY request untuk geng-geng mereka for upcoming birthday Jungkook pada 1 September ini. Ada antara #Lunagirls yang join petition itu tak? 

via GIPHY

Hal ini dia tiba-tiba saja boom meletup sebab semua benda yang Jungkook pakai dan guna akan sold out serta merta! Pertama, Downy Adorable sold out sebab Jungkook terlepas cakap dekat satu Vlive video dia, lepas itu baju Hanbok yang dia pakai waktu pergi airport untuk Speak Yourself tour, berus gigi yang dia guna dalam vlog BTS, air yang dia minum dalam Vlive dan paling latest susu coklat protein yang dia minum waktu tour di Amerika. OMG! BTS ARMY ini wow sangat! korang sungguh dahsyat! 

Sumber gambar:

Jadi disebabkan hal-hal macam ini, ada beberapa BTS ARMY cadangkan supaya dia buat perkarang yang boleh menyelamatkan bumi. Wah! Idea ini memang bernas sebab cuba korang bayangkan jutaan BTS ARMY kutip sampah dekat laut, tanam pokok, kitar semula semua bahan terpakai dan buat segala perkara yang boleh menyelamatkan laut, darat, udara dan segala permukaan bumi? Bukankah bumi kita akan lebih bersih dan sihat?

via GIPHY

Hmm, tiba-tiba Zoe rasa macam nak call Jungkook BTS sekarang, nak suruh dia buat benda yang mampu menyelamatkan bumi. LOL! Ala, sebenarnya tak payah tunggu Jungkook baru nak buat, korang boleh je mula sendiri! Ya melalui idola, korang akan lebih berinspirasi untuk buat sesuatu yang lebih baik tapi why not korang disiplinkan saja diri sendiri untuk selamatkan bumi kita ini sebab ia bukan untuk kebaikan diri korang saja tau, ia kebaikan untuk semua alam di sekeliling korang juga ya!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Zul Ariffin Bergaduh Dengan Remy Ishak?

Jenis Seluar Untuk Buat Girls Lebih Tinggi