in ,

Super Junior Ada Lagu Baru ‘Hmm I Think I…’

Sumber gambar: http://allaccessasia.com.au/super-junior-has-a-time-slip-in-latest-comeback-teasers/

Siapa antara #Lunagirls yang masih minat dengan K-Pop generasi kedua? Super Junior baru-baru ini ada release album kesembilan mereka iaitu Time Slip yang akan keluar Oktober ini. Dan ELF dah tengok muzik video lagu baru mereka di YouTube yang keluar 4 Oktober tempoh hari? Ala, yang lagu I Think I itu! Haha! Kalau belum, cubalah tengok dulu!

Sumber gambar:

Macam yang ELF semua tahu Super Junior yang beranggotakan Leeteuk, Siwon, Yesung, Kyuhyun, Eunhyuk, Donghae, Ryewook, Heechul, dan Shindong, semuanya nampak sangat kacak dengan konsep groovy, melodi Latin pop, Jazz sambil menari di stesyen keretapi bawah tanah. Mereka memang sangat legend!

Untuk pengetahuan #Lunagirls juga, lagu I Think I ini adalah salah satu teaser untuk para ELF sebelum Super Junior nak keluarkan lagu utama dari album kesembilan mereka iaitu Super Clap. Dalam perancangan, comeback kali ini akan dikeluarkan pada 14 Oktober sebab kesemua ahli Super Junior dah lengkap dan balik dari military mereka termasuklah maknae mereka Kyuhyun.

Selain itu, comeback Super Junior akan dimulakan dengan pelancaran pameran mereka iaitu Super Show 8 yang akan bermula di Seoul pada 12 dan 13 Oktober ini. Woah! Untung betul ELF untuk comeback album Time Slip.. Korang excited tak?

Jadi tunggu apa lagi ELF? Dah ready ke belum dengan comeback mereka? Oppa Super Junior korang dah hampir 15 tahun dalam industri tau! Mesti ramai peminat mereka yang seronok dengan kembalinya album baru. Hmm, kalau ada album baru, mesti akan ada tour juga? Hehe! Siapa tahu, mereka buat surprise untuk tour concert dalam masa terdekat ini? Kita tunggu saja okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lelaki Pilih Personaliti VS Rupa, Boleh Ke Bercinta Waktu Sekolah?

Instagram Buang Tab ‘Activity’, Macam Mana Nak Stalk Crush?!