in ,

‘Sumpah’ Kemenangan Naim Daniel AJL 34 Khas Buat Naimians

Sumber gambar: lunaria.com.my

Korang tengok Anugerah Juara Lagu  semalam? Persembahan yang mana favorite korang? Setiap tahun ia akan diadakan untuk melihat lagu mana yang terbaik dari segi persembahan dan vokal penyanyi-penyanyi tanah air. Tahniah kepada Naim Daniel yang telah meraih gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke 34 dan jom kita baca apa kata Naimians sejati yang sempat kami temu ramah pada malam yang penuh kejutan semalam! 

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah. Terima kasih Allah 🥺🥰 #sumpahnaim #ajl34

A post shared by Aiman (@mingaiman__) on

“Saya agak speechless sebab sebelum ini ada beberapa pihak menafikan hak dia dan malam ini Naim sudah buktikan dia mampu setaraf dengan penyanyi yang ada sekarang dan saya harap pihak diluar sana dapat membuka mata yang dia adalah artis A list.” Aiman, 22.

Sumber gambar: Lunaria

“Kami sendiri tak expect yang Naim akan menang walaupun ada banyak ramalan yang kata Naim Daniel akan menang malam ini sebab bila kita tengok persembahan lain pun memang banyak yang luar biasa dan unexpected dan dia boleh dikira sebagai salah seorang underdog dalam AJL34 kali ini dan ini mungkin boleh membuka mata penyanyi senior lain untuk buat lebih baik. Expectation kami dari Naim Daniel of course akan lebih tinggi tapi kami semua tahu dia boleh lakukannya.” Yana, 22.

 

View this post on Instagram

 

you did it! @naimdanielx #ajl34 #naimians #naimdaniel @naimians

A post shared by 무크리즈 (@fy.muqh) on

“Kalau tanya perasaan, saya happy dan expectation akan datang, hopefully orang luar sana boleh nampak bakat Naim Daniel sebab sebelum ini ada yang tahu dan tak tahu Naimians ada yang condemn kami. Jadi bila Naim dah menang, kami harap ada yang pandang bakat Naim dan into Naim. Hehe!” Muqh, 21.

 

View this post on Instagram

 

🌼

A post shared by 머어♥ (@namiysss) on

“Perasaan saya memang teruja dan tekak saya sakit juga tadi sebab saya banyak jerit dan kami tak expect Naim akan menang dan alhamdulilah dia menang juga malam ini. InsyaAllah kami percaya Naim akan buat yang terbaik dan kami Naimians akan sentiasa sokong Naim sampai bila-bila, rasanya tahun depan pun mungkin dia akan masuk lagi kita tak tahu kan? Haha!” Amy, 18.

Dan untuk korang yang tak tahu, memang havoc sangat semalam sebab penyanyi yang tak di jangka telah menang! Memang banyak sangat kejutan. Dan kalau siapa yang sempat tengok, bonding antara Naimians dengan mama dan papa Naim Daniel sendiri pun dah macam keluarga betul tau! Apa-apa pun, Tahniah Naim Daniel! Lepas ini bolehlah buat Tiktok dengan #Lunasquad lagi!! 

Sumber gambar: Lunaria (muqh, zoe, aiman)

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Ganti Puasa Untuk Yang Belum Langsai ‘Hutang’ Puasa

Zynakal Akui Anak Angkat, Tak Kenal Ibu Kandung