in ,

Sukan Indoor Untuk Meriahkan Cuti Sekolah

Sumber gambar: kindness.my

Sukan memang adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan, lebih lagi kalau kita main bersama kawan-kawan sebagai satu pasukan. Selain itu, sukan pun mampu menjadikan badan kita lebih sihat sebab iya-lah bila dah berpeluh, semua toksin dalam badan pun akan keluar. Ada tak antara korang yang memang jenis aktif bersukan walaupun bukan atlet sekolah? Kalau tak ada, apa kata korang cuba untuk mula buat sebarang aktiviti sukan waktu musim cuti sekolah ini? Kalau ada yang jenis tidak suka untuk bermain sukan di bawah matahari yang panas. Jom tengok, korang boleh cuba aktiviti sukan indoor apa pada waktu musim cuti sekolah ini.Β 

BADMINTON

Sumber gambar: bharian.com

Apa kata korang cuba main badminton dengan kawan-kawan dekat area rumah korang? Kalau malas nak bayar gelanggang badminton sebab korang belum kerja lagi. Korang main saja di balai raya kawasan taman korang pun senang. Nak lagi senang main sebelah-sebelah rumah kalau korang berjiran dengan kawan korang.

SQUASH

Sumber gambar: bharian.com

Kalau korang nak tahu sukan squash adalah sukan yang pernah diiktiraf dalam salah satu sukan tersihat di dunia. Ini adalah kerana ia mampu membuatkan korang belajar mengawal pernafasan di samping mampu membakar lebih kurang 517 kalori kalau korang bermain selama 30 minit. Woah! Banyak betul dia bakar ya! Lebih baik korang main squash daripada buat sukan lain kalau begitu! Haha!Β 

BOWLING

Sumber gambar: Ask Kpop

Disebabkan bowling ini paling layan kalau main satu team, korang boleh saja nak set satu masa untuk lawan dengan kawan korang walaupun dalam satu team. Kalau nak main dengan team lain pun okay saja sebab di samping itu korang boleh saja nak practice cara nak baling bola itu supaya skor semua pin.

AIR RIDER

Sumber gambar: thestar.com

Nak rasa pengalaman sky-diving tanpa perlu naik kapal terbang? Korang boleh saja cuba air rider. Korang boleh-lah berangan konon I believe I can fly waktu cuba main sukan air rider ini juga. Boleh saja datang seorang diri atau dengan team, tapi sebaiknya dengan kawan, baru lebih seronok.

BOXING

Sumber gambar: koko videos

Masuk kelas boxing ini memang sangat seronok, best dan dalam masa yang sama akan bakar kalori korang dengan banyak. Bukan setakat itu sahaja, korang pun akan tahu cara nak mempertahankan diri juga. Lepas ini, kalau ada yang nak buli korang pun, korang dah boleh kenakan mereka semula dan lindungi kawan yang dibuli. Hehe!Β 

Nampakkan? Semua aktiviti sukan indoor ini boleh korang buat dengan mudah dan lagi satu tidak terlalu sesak kalau nak compare dengan korang pergi taman tema yang biasanya musim cuti sekolah selalu penuh dan ramai orang. Kalau korang dah terbiasa spend masa cuti dengan bersukan, mana tahu nanti korang bolrh mewaklili sekolah, daerah, negeri dan lama-lama kebangsaan? Kan banyak faedahnya itu. Selepas ini, boleh lah korang cuba dan mulakan isi masa cuti korang dengan buat sukan indoor ini sebab memang seronok tau!Β 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Music Video K-Pop Paling Deabak 2019!

Drama Korea Paling ONZ Bulan November!