in ,

Suka Pakai Krim Pemutih? Lebih Baik Hati-Hati!

Sekarang ramai yang suka dan gilakan kulit putih dan cerah sebab katanya nampak lebih cantik dan menarik. Bukan setakat itu saja, lambakkan iklan yang jual krim pemutih kulit murah dan affordable. Ada antara #Lunagirls yang pernah teringin nak pakai atau pernah beli untuk dapatkan kulit putih gebu cerah? Hmm, korang tak terfikir apa kesannya kepada diri kita dari segi kesihatan?

akudanvita

Untuk pengetahuan awak, kebanyakan krim pemutih kulit ini tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan biasanya produk ini cuma ilusi dan ia hanya untuk menipu pengguna kononnya bahan mereka adalah bahan semulajadi. Kalau korang nak tahu, sudah banyak kes seperti ini yang berlaku di negara kita dek kerana beauty standard yang selalu mengatakan putih, langsing, kurus dan tinggi adalah ciri-ciri wanita idaman.

Sumber gambar:

Secara logiknya, mana ada produk yang beri kesan yang pantas dengan harga yang murah. Kalau ada pun biasanya ia akan mengandungi bahan-bahan berbahaya, seperti mercury, hydroquinone, dan steroid. Walaupun kebanyakan negara termasuklah UAE, Afrika, Asia Pasifik, USA, Europe sudah menyekat pengeluaran produk seperti ini tapi ia masih lagi dijual di mana-mana. Selain itu, walaupun produk ini mampu beri kesan dalam masa singkat. Pernah tak #Lunagirls fikir tentang kesan dalam jangka masa yang panjang? Yang mana ia mampu membuatkan diri kita terkena racun pada organ dalaman! Woah memang seram weh!

Sumber gambar:

Daripada korang keluar duit beli produk yang tidak berguna dan mampu beri kesan yang teruk kepada diri korang lebih baik korang bersyukur dan tawakal saja. Tak pun, kalau nak juga kulit cerah. Nanti bila cuti sekolah korang buatlah masker kunyit, mandi susu kambing dan make sure jangan kerap keluar rumah kalau korang betul-betul nak cerah. Tapi biasalah, zaman sekolah ini kita yang aktif memang akan gelap. Tunggu bila dah masuk universiti nanti, kulit kita akan cerah secara perlahan-lahan. Cuma perlu bersabar sahaja.

via GIPHY

Walau apa pun, sekarang ini #Lunagirls perlu lebih berhati-hati dengan produk yang murah dan jangan tertipu dengan “disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia” sebab ada banyak sangat yang fake. Korang boleh saja nak check nombor daftar produk itu di Internet sama ada ia betul-betul disahkan atau tidak. Jangan tengok harga murah saja terus rambang mata tanpa perlu berfikir bijak sebelum membeli.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Si Cyber Bully Sebenarnya Attention Seeker!

K-Iyagi | SM Producer Kutuk Orang, Super M versi Perempuan, Girl Group Taste dengan Mat Saleh