in ,

Suka Makan Pedas? Korang Sediakan Air Ini…

Sumber Gambar: kitamuda.id
LUNARIA

Makanan pedas memang sangat sedap! Dan memang kebanyakan orang yang suka makan makanan pedas mesti akan cakap alasan kenapa mereka makan benda pedas adalah sebab kesedapan dan kehangatan cili itu buat mereka layan dan dapat menikmati rasa makanan itu dengan lebih baik. Betul tak? Antara #Lunagirls semua ada tak yang suka makan makanan pedas? Zoe pun salah seorang fans spicy food! Lebih lagi sekarang ini memang trend makan makanan pedas sampai kawan kita yang kurang makan pedas pun berani nak cuba. Tapi untuk siapa yang tak biasa makan makanan pedas itu, nah! Zoe kongsi dengan korang air minuman apa yang awak semua perlu sediakan untuk cool down rasa hangat membara lidah korang bila makan pedas nanti!

SUSU

via GIPHY

Rasanya ramai yang tahu susu ini adalah minuman yang mudah heal rasa pedas lidah kita. Jadi bila korang minum susu, rasa ke-milky-an itu akan buatkan korang lupa tentang rasa pedas. Kalau ada yang tak boleh nak minum susu, boleh saja nak guna produk tenusu lain seperti yogurt, makan cheese dan lain-lain.

GULA

Sumber Gambar: Meme Crunch

Memang agak pelik kalau kita guna air gula untuk hilangkan rasa pedas sebab lebih baik minum air suam bukan? Hehe, itu depends pada diri korang tapi air gula memang membantu korang hilangkan rasa pedas, kalau nak terus kemam gula itu pun boleh sebab prosesnya lebih cepat.

LEMON

Sumber Gambar: Meme Xyz

Cuba #Lunagirls minum air lemon waktu buat challenge makan makanan pedas. Ini sebab air lemon ada perisa masam-masam yang buatkan korang lupa rasa pedas. Make sure air lemon itu korang tak letak banyak gula sebab nanti memang tak akan bantu korang untuk kurangkan rasa pedas.

COKLAT

Sumber Gambar: Korea Boo

Pernah dengar tak yang coklat adalah salah satu kombinasi yang amat baik dengan makanan pedas? Jadi bila korang makan makanan yang pedas, apa kata kalau cuba minum air coklat? Atau kalau korang kurang makan coklat, ambil saja jem coklat atau jem kacang yang selalu kita buat roti waktu breakfast  pun boleh.

Semua air minuman yang nak kurangkan rasa pedas korang ini senang saja nak dapat dan disediakan. Kalau #Lunagirls malas sangat, korang beli saja siap-siap sejukkan dalam peti ais. Selain itu, awak semua kena ingat juga ya. Nak makan pedas itu berpada-pada, kalau ada gastrik, apendiks atau masalah perut sebaiknya jangan ambil langsung makanan pedas sebab takut mudarat untuk perut korang dan kadang-kadang perut yang ada masalah ini, minuman yang Zoe share ini pun kurang elok untuk korang. 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rutin Kita Boleh Buat Dengan #Sisters

Buat Comeback, Zynakal Akui Ada Penyakit Mental