in ,

Suka Lipstick Nude? Korang Seorang Yang ….

Sumber Gambar: https://www.wanista.com

Lipstick merupakan makeup yang paling penting bagi gadis, ia akan menampakkan penampilan kita lebih menarik. Sekarang dekat pasaran dah bermacam-macam warna ada, #Lunagirls suka pakai warna apa? nak tahu tak disebalik warna yang korang minat tu ada tercalit personaliti yang menarik tentang korang, ni LUNARIA bagitahu.

MERAH 

via GIPHY

Kalau korang suka pakai warna merah, ini menunjukkan anda seorang yang berkeyakinan tinggi, berani dan gemarkan perhatian tetapi sukar didekati kerana sikap tegas yang ada didalam diri. Wah! Boleh dikategorikan sebagai classy si peminat merah ni.

PINK

via GIPHY

Bagi korang yang suka warna pink, korang dikatakan penuh dengan semangat selain itu sukakan cabaran dalam kehidupan. Walaupun macam tu korang sering menceriakan suasana dengan personaliti manja dan baik hati.

NUDE

via GIPHY

Pemakaian gincu warna nude dikaitkan dengan seorang yang bersederhana, santai dan sangat mengemari ketenangan. Ia juga menonjolkan tahap kesabaran korang tapi semua itu bergantung dengan bagaimana korang mengawal kehidupan seharian.

ORANGE

via GIPHY

Si pemakai berwarna orange adalah orang yang sukakan keceriaan, dan sering tampil sebagai seorang yang friendly tak sombong, mesra je walaupun dengan stranger. Mesti ramai kawan kan, yelah siapa je tak suka berkawan dengan orang yang sentiasa ceria ni.

UNGU

via GIPHY

Selalu kalau kita tengok orang pakai gincu warna ungu ni mesti macam pelik je kan, yelah sebab beraninya gunakan color yang macam tu dan selalu juga orang kaitkan pemakain warna ungu ni mempunyai keperibadian yang misteri, selain sukakan benda-benda yang unik. Betul ke?

HITAM

via GIPHY

Memang jarang orang pakai gincu berwarna hitam setiap hari, ia selalu dipakai oleh model-model dan peminat gothic je. Tapi pemakai gincu warna hitam ni biasanya mempunyai tahap keyakinan yang tinggi sebab dia tampil dengan warna dan karakter yang berbeza.

Keluar berjalan tanpa lipstick akan buat kita nampak suram je.. Tak perlu warna terang, yang biasa-biasa pun kita dah okay untuk buat kita rasa lebih confident nak keluar! But girls, tak semestinya korang tak make up tak cantik..always be confident okay! Hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tahan Kencing Buat ‘Bunga’ SAKIT!

Bila Kena Serang, Ini Korang Kena Buat! Haiyakk!