in ,

Suka Kencing Dalam Swimming Pool? Ewww No!

Sumber gambar: kic

via GIPHY

Siapa pernah kencing dalam kolam renang? Atau #Lunagirls pernah nampak orang kencing dalam kolam renang? Daripada air tu sejuk, tiba-tiba bertukar panas.. Tapi kalau air bertukar warna? Lari!!

Kalau cuti sekolah atau weekend, lebih lagi bila musim panas, aktiviti mandi kolam menang jadi pilihan ramai! Jadi tak pelik kalau water park penuh dan sangat ramai! Dalam ramai orang tu, kemungkinan untuk situasi kencing dalam kolam sangat tinggi! Sebenarnya kalau kencing dalam kolam, ia akan mendatangkan masalah besar dekat orang lain! Sebab dalam air kencing kita ada kuman dan bakteria yang membawa kepada penyakit merbahaya!

Sumber gambar: DukuLangsat

Menurut Alodokter, fungsi klorin dalam air kolam ialah untuk make sure air kolam kekal bersih.. Tapi bila bercampur dengan air kencing, ada bahan kimia yang akan terhasil daripada pencampuran cecair tersebut! Bukan itu saja, cecair campuran tadi akan bagi effect negative pada tubuh badan kita dan orang sekeliling.

Badan kita bertindak balas sehingga akan pengaruhi sistem saraf, ganggu pembuluh darah dan juga jantung tau! Kulit kita akan rasa gatal bila terkena air kencing yang bercampur dalam kolam dan akan menyebabkan penyakit E-coli, Cryptosporidium, Giardia dan banyak lagi.

via GIPHY

Ada juga yang mengatakan kalau jumlah air kencing terlalu banyak dalam air kolam juga akan menyebabkan rasa sesak nafas selepas keluar daripada air. Be careful ya girls. Make sure korang tak telan air dekat dalam kolam tu ya! Jangan lupa untuk bilas badan dengan air bersih sejurus lepas keluar dari kolam okay.

Cuti sekolah bulan ni #Lunagirls bercuti ke mana? Pergi theme park? Water park? Concert? Syoknya! Jangan lupa tag Ainaa dan LUNARIA dekat gambar korang nanti tau! Psst, kalau pergi water park, jangan kencing dalam kolam tau? Kesian orang sekeliling nanti..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rambut Kerinting Macam Princess Guna Jari Pun Boleh!

Oppa & Unnie Pergi Grammy Awards? Deabakk! 😱