in ,

Suka Gosok Mata? Haa Jaga-Jaga #Lunagirls!

Sumber Gambar: https://www.nickmarino.net

Selalunya kita takut ada mata panda, atau lingkaran hitam bawah mata.. Big no untuk kita! Tapi korang pernah risau tak tentang kesihatan dan penjagaan mata? Haa! Jadi jangan lakukan beberapa perkara ni, kalau sayang mata korang.. Biar mata ‘panda’, jangan …….

SUKA GOSOK MATA 

via GIPHY

Eii! Geramkan kalau mata gatal ni.. rasa nak ‘basuh biji mata tu! Gatal mata memang merimaskan girls.. Tapi #Lunagirls sebenarnya menggosok mata boleh menjejaskan pengaliran darah dalam urat tau! Sebab itu lepas gosok mata, mata korang akan pedih dan kemerahan.. Lagi pun, tangan kita bukan bersih sangat girls! Huhu!

CABUT BULU MATA 

Sumber Gambar: https://siraplimau.com

Ouch! Memang bunyi macam pelik tapi ada je orang yang buat tau! Ada yang sengaja dan tidak sengaja.. LUNARIA tidak galakkan untuk korang mencabut bulu mata kerana ia boleh menyebabkan mata korang terdedah dengan habuk dan bakteria!

SELALU GUNA UBAT TITIS MATA 

via GIPHY

Ada sesetengah orang suka gunakan ‘eye drop’ setiap kali mata pedih, ia boleh digunakan tetapi jangan terlalu kerap okay! Sebab bahan dalam eye drop boleh menjejaskan urat di saluran darah! Dan kalau korang berhenti akan menyebabkan mata korang menjadi kemerah-merahan..

CUCI KANTA LENGKAP GUNA AIR PAIP 

Sumber Gambar: https://iluminasi.com

Untuk #Lunagirls yang selalu pakai contact lens, jangan sesekali gunakan air paip untuk cuci lens tu tau! Sebab kandungan bakteria di dalam air paip itu dan boleh menyebabkan mata buta tau! Kalau macam terdesak juga, korang gunakanlah air mineral yang sudah di tapis untuk mencuci okay!

BERENANG TANPA GOGGLES 

via GIPHY

Kalau korang suka berenang, tidak kira dalam kolam atau pun air terjun, korang mesti pakai goggles! Sebab goggles berfungsi sebagai pelindung mata dari air yang mungkin mempunyai bakteria yang boleh menjejaskan mata kita.. tak semestinya dalam swimming pool je kena pakai, dalam laut pun kena tau!

Haa.. bahaya kan #Lunagirls? Walaupun bagi sesetengah orang rasa remeh tapi ia boleh memberi impak yang besar dalam kehidupan kita tau! Jadi jagalah mata kita elok-elok ya #Lunagirls.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

LunaSquad: Bulat Kecik, Bulat Besar. Apa Yang Bulat?

Mitos Cara Jaga Bateri Phone!