in ,

Suka Cerita Seram? Ini Movie Korang Kena Tengok!

Sumber gambar: www.remaja.my

Siapa antara korang semua yang tengah baca ini peminat filem seram? Kalau ada, yeay! Zoe ada geng! Hehe! Filem seram ini memang best kan sebab dia macam buatkan adrenaline diri kita bergetar saja kan? Dan ia juga ibarat cabaran yang soft untuk diri kita jadi lebih berani lagi pada keadaan sekeliling. Jadi, untuk korang yang memang kurang minat tonton filem seram itu. Apa kata korang cabar diri korang tonton antara filem seram yang bagi Zoe memang terbaik  untuk tengok tahap berani korang itu macam mana. 

MUNAFIK 2

Cerita Munafik 2 ini adalah kesinambungan selepas Munafik, iaitu kehidupan Ustaz Adam yang kembali tenang selepas kematian isteri dan anaknya. Ustaz Adam yang kini menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat di kampung halamannya. Sampai lah pada satu hari, dia perlu membantu seorang wanita bernama Sakinah dan anak perempuannya di sebuah kampung seberang dan pada waktu itu satu demi satu ujian yang menimpa Ustaz Adam.

PUSAKA

Filem Pusaka yang mengisahkan Balqis dan Qistina sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri. Selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.

RUMAH KENTANG

Rumah Kentang adalah salah satu filem terbaru dari Indonesia yang mencerita tentang kehidupan seorang penulis novel Adrian dan Sophie isterinya bersama keluarga kecil yang terpaksa berpindah ke sebuah rumah lama isterinya yang dikatakan agak misteri bagi mencari ilham untuk menulis novel seram yang lebih dekat dengan pembaca. Mereka bersama anak-anak mereka mula diganggu sejak hari pertama menjejakkan kaki ke rumah itu sehingga Sophie dan Adrian mengambil keputusan untuk menyelesaikan misteri kehilangan seorang demi seorang anak mereka yang hilang tanpa jejak. 

RUMAH BELANDA

Rumah Belanda menceritakan tentang kisah seorang penulis bernama Raya yang mendapat sebuah pekerjaan dari seorang jutawan bernama Hilda untuk membuat sebuah biografi Ibunya, Aline. Hilda menjanjikan kalau Raya akan lebih konsentrasi menulis biografi tersebut bila ia kerjakan langsung di rumah yang pernah ditempati oleh Aline sewaktu kecil di Rumah Belanda. Gangguan demi gangguan dialami oleh Raya, dari yang kecil sampailah dia tak tahan dan akhirnya dari penjelasan ketua kampung di kawasan Rumah Belanda cerita barulah Raya tahu dan adakah dia akan siapkan penulisannya?

Ala, ini baru antara empat filem yang seramnya memang boleh lagi untuk korang hadap. Sebenarnya, ada banyak lagi filem yang lebih seram daripada ini tau tapi of course kami akan bagi yang the best in Nusantara gitu dulu kan? Lagi satu, untuk tips korang yang baru nak berjinak tonton filem seram, korang boleh cuba tonton filem seram yang dicampur genre kelakar sikit dan nanti lama-lama kalau korang nak tengok yang paling extreme pun boleh.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Yang Sepatutnya Pakai Mask Muka? #Covid19

Jangan Terpedaya Beli Tiket Travel Murah!