in ,

Suho (EXO) Dan Yook Sung Jae (BTOB) Daftar Masuk Khidmat Tentera Mei 2020

Saranghae oppa Suho! Saranghae oppa Yook Sung Jae!

Suho daripada kumpulan EXO dan Yook Sung Jae daripada kumpulan BTOB akan mendaftarkan diri masing-masing untuk ke kem latihan tentera pada minggu ke-3 bulan Mei 2020. Kedua-duanya telah pun mengesahkan tarikh kemasukan untuk memulakan khidmat tentera wajib mereka. Walaupun vaksin untuk wabak Covid-19 masih belum ada, tapi kem ketenteraan di Korea Selatan masih tetap dijalankan.

View this post on Instagram

😷

A post shared by SUHO (@kimjuncotton) on

Pada 4 Mei, Suho EXO telah share berita ini menerusi ruang komuniti rasmi peminat dalam talian EXO di Lysn. Suho share surat tulisan tangan yang mengumumkan pendaftarannya memasuki khidmat tentera. Untuk korang yang tak sempat tengok lagi apa yang ditulis dan dikongsikan oleh Suho, check outΒ LUNARIA selitkan di bawah:

Hello, EXO-L. Ini Suho.

Saya menulis surat ini kerana ada sesuatu yang ingin saya beritahu kepada anda semua.

Pada 14 Mei, saya akan mendaftar masuk ke pusat latihan tentera untuk menjalankan tugas kepada negara. Saya rasa, akan merindui EXO-L dalam tempoh tersebut.

Saya berharap EXO-L, yang sentiasa memikirkan saya dan mencintai saya setiap hari, akan diberikan kesihatan yang baik selalu. Saya dengan seikhlas hati berterima kasih dan menyayangi kamu semua.

We are one, EXO. Let’s love.

Satu sumber dari SM Entertainment telah mengesahkan berita tersebut dan menyatakan, β€œSuho akan mendaftarkan diri pada 14 Mei. Waktu dan lokasi pusat latihan tentera tidak akan didedahkan kepada umum.”

Mungkin kalau pihak mereka umukan, akan ramai yang menunggu Suho depan pagar! Kalau korang nak tahu, Suho adalah anggota EXO yang ke-3 memulakan khidmat tentera selepas Xiumin dan D.O

Yook Sung Jae

Terdahulu, Yook Sung Jae BTOB telah shareΒ tentang pendaftaran masuk ke khidmat tentera menerusi akaun Instagram peribadinya dengan berkongsi ‘surat cinta’ yang panjang mengenai menjelaskan rancangannya yang akan datang. Yook Sung Jae akan masuk ke kem tentera pada 11 Mei ini.. Di bawah LUNARIA selitkan isi surat cinta khas untuk peminatnya..

β€œHelo, ini Sungjae.

Pertama! Terima kasih banyak kepada anda semua, Melody [nama kelab peminat BTOB] di atas ucapan hariΒ  serta meraikan sambutan hari ulangtahun saya. (Saya melihat semua muatnaik di media sosial, iklan hari jadi, dan majlis anda!)

Saya tidak tahu permulaan yang bagaimana untuk memberitahu anda tentang perkara yang telah lama saya fikirkannya. Oleh itu, saya memutuskan dengan menulis surat ini adalah langkah yang tepat untuk memberitahu anda dengan kadar yang segera.

Ramai yang akan terkejut dengan ini, tetapi saya telah memutuskan bahawa saya akan mendaftar masuk untuk jalani khidmat tentera pada 11 Mei!

Ada orang yang akan terkejut dengan berita ini dan ada yang prihatin serta bimbang, tetapi dek kerana sambutan serta layanan luar biasa yang saya lihat dari Melody, saya kini lebih yakin untuk nyatakan ke mana pun saya pergi, saya akan terima kasih sayang dan berani berkhidmat. Saya tidak lagi merasa bimbang! Nampaknya saya akan berkhidmat dan kembali tanpa sebarang masalah.

Kerana disebabkan pendaftaran ahli BTOB yang seterusnya, ada waktu rehat yang tidak dapat dielakkan [dalam aktiviti kami], tetapi oleh kerana Melody kami akan menunggu kami, BTOB akan mengimpikan tentang hari yang kita semua dapat bertemu lagi dan menjadi kuat!

Hanya tinggal beberapa hari lagi, tetapi saya akan berkomunikasi dengan Melodi kelak menerusi siaran langsung (live broadcast), dan tidak lama lagi abang (hyung) BTOB yang lain akan tamat jalani khidmat tentera, dan drama β€˜Mystic Pop-Up Bar’ akan mula ditayangkan tidak lama lagi (rangkaian JTBC mulai 20 Mei), jadi harap anda bersabar.Β  Hari di mana BTOB dan Melodies semua dapat bertemu bersama-sama akan tiba tidak lama lagi!

Saya tetap bersyukur, dan pada masa akan datang, teruskan menyokong saya! Sehingga hari yang saya dapat tunjukkan kepada anda semua dengan penampilan yang lebih hebat, harap anda sihat dan habiskan hari anda dengan gembira. Dari Yook Sungjae. β€œ

Sungjae akan menjadi anggota BTOB keempat yang akan memenuhi komitmen perkhidmatan wajibnya, selepas anggota Eunkwang, Changsub, dan Minhyuk.

LUNARIA ucapkan selamat berkhidmat kepada Suho (EXO) dan Yook Sung Jae (BTOB)!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top 5 β€˜Penyanyi’ Baru Nak Up YouTube Dan Instagram

Resepi Juadah Berbuka Paling Mudah, Dah Tak Perlu Beli!