in ,

Suga BTS Sumbangkan 100 Juta KRW Di Kampung Halaman Bantu Cegah Koronovirus

Sumber gambar: https://channels.vlive.tv/dispatch

Baru-baru ini, memang hangat tentang wabak COVID 19 atau lebih dikenali sebagai koronavirus. Di kesempatan itu juga, Korea Selatan pun antara negara yang telah meningkat jumlah mangsanya dan sebab hal itu, ramai juga yang bimbang dengan keluarga, kawan yang tinggal di sana dan tak lupa juga peminat yang risau dengan kesihatan K-Pop idol mereka.

Sumber gambar: pinterest

Apa yang lebih menyentuh hati ramai adalah baru-baru ini juga, BTS Suga telah mendermakan sebanyak 100 Juta Korea Won bagi membantu pencegahan COVID 19 dan juga mangsa COVID 19 di kampung halamannya di Daegu.

Sumber gambar: bangtan base

Media Korea juga cakap yang Suga BTS ingin membantu mereka yang terjejas oleh wabak COVID 19 di kampung halamannya disebabkan jumlah di Daegu adalah antara yang tertinggi dan sekaligus untuk balas semula cinta dan sokongan kepada BTS ARMY melalui sumbangan yang diberikan.

Sumber gambar: cheatsheet

Untuk pengetahuan korang, Suga ini dilahirkan di Daegu pada 9 Mac 1993 dan bersekolah di Taejeon Elementary School dan Gwaneum Middle School di Daegu. Sebelum Suga memulakan kariernya bersama BTS, dia lebih dikenali sebagai Gloss di Daegu dengan kumpulan rap underground nya Daegu Town. Selain itu, mesti ramai BTS ARMY tahu yang nama lain Suga BTS adalah Agust D yang kalau korang terbalik kan adalah Daegu Town Suga.

via GIPHY

Jadi kalau kita tengok, betul lah orang kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Eh! Tiber! Haha tapi nampak lah yang Suga ini memang sayang sangat dengan kampung halamannya dan disebabkan hal ini, Suga telah menyentuh hati banyak pihak.

via GIPHY

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Konsert Idaman Cancel? Ini Yang Perlu Korang Buat!

Result SPM Dah Nak Keluar, Jom Prepare Diri