in ,

Sufian Suhaimi Buat ‘Drama’ Atas Stage ICSYV

Sumber gambar: Instagram Sufian Suhaimi

Setiap hari Ahad mesti dah tunggu depan TV nak tengok I Can See Your Voice Malaysia season 3! Bukan setakat nak tengok siapa yang boleh menyanyi dan siapa yang tidak, tapi nak tengok siapa penyanyi yang kena berduet dengan penyamar!

Sebagai bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia season 2, tak dinafikan yang memang susah nak kesan siapa penyanyi sebenar dan siapa penyamar bersuara sumbang. Mana tidaknya, semua berusaha untuk berlakon supaya tak ‘terkantoi’. Susah tau nak tahan gelak dekat atas stage tu, kena maintain muka keras je, bila orang lain gelak kita kena keras, adoi penat!

Since sekarang ICSYV dah pun berada di musim ketiga, maka barisan panel penyiasat dan penyanyi jemputan mesti dah boleh agak siapa penyamar dan siapa penyanyi sebenar. Ainaa rasa macam nak re-cap semula pula apa beberapa kejadian lucu yang berlaku sepanjang ICSYV musim ketiga ini…

ANDI BERNADEE GULING DEKAT LANTAI

View this post on Instagram

Aku dah cakap dah !! Terciduk !! Ahahha #ICSYV

A post shared by #SHIMMY Out Now ! (@andibernadee) on

Baru je mula rancangan, Andi dah singkirkan penyanyi sebenar dan selepas itu dia masih lagi singkirkan penyanyi sebenar. Aduh, baru mula je dah penyanyi sebenar kena singkir, macam mana nak cari duet dengan penyanyi ni? Ahirnya Andi telah berjaya memilih penyamar bersuara sumbang untuk berduet bersama dengan dia. Disebabkan terkejut dan redho dengan pilihan dia, sampai tertenggung dan berguling Bebi Andi kita dekat atas stage tu! Bukan setakat Andi je yang terkejut, semua panel juri jemputan pun terkejut juga. Adoi, punya la confident dengan pilihan dia, sekali penyamar rupanya. Tapi kalau korang tengok, muka penyamar tu pun confident juga ya. Maksudnya lakonan dia menjadi la kan sampai Andi boleh berguling macam tu, haha!

SUFIAN SUHAIMI NYANYI DENGAN ‘KEMBAR’

Sebenarnya waktu Sufian masuk je dan nyanyikan lagu Janji, boleh dapat rasakan satu studio tu bagaikan dilamun cinta. Ditambah pula dengan ‘drama tambahan’ Sufian bersama dengan Jasmine Suraya, aduh mesti ramai jealous dekat rumah kan? Macam yang korang tahu, Sufian ni seorang yang teliti dalam setiap apa yang dilakukannya sama juga seperti pemilihan penyanyi sebenar pada minggu kesepuluh yang lepas. Sufian begitu berhati-hati sampaikan Top 2 penyanyi pilihannya masing-masing memang boleh menyanyi. Apa yang paling best ialah Sufian telah memilih ‘kembarnya’ untuk berduet bersama. Ramai juga yang suka dengan gandingan mereka. Pilihan yang tepat ya Sufian dah buat!

ZIZAN RAZAK TAK ZIP SELUAR

Macam yang korang tahu, Ben Ladin dan Zizan Razak merupakan penyanyi bergenre hip hop dan mereka juga selalu sampaikan lagu rap. Bila dua-dua ni dah berjumpa, mesti la kena buat battleΒ free style kan? Pada mulanya Ben steady je la dia buat rap free style. Sampai je part Zizan Razak, habis dah semua jadi bersepah. Bukan jadi rap tapi jadi lawak je sebab Zizan hanya main-main! Pecah perut betul dengar rap Zizan tu. Bukan tu sahaja, pelakon Ramona pun boleh tahan, benda kecil pun boleh buatkan dia tergelak kuat. Lagi la buatkan satu studio kecoh dengan gelak ketawa mereka. Tapi apa yang lagi kelakar ialah bila Zizan buat lip-sync, sekali rupa-rupanya dia tak zip seluar! Adoi macam mana la boleh terlupa nak zip seluar? Buat malu je, haha!

REUNION BFF

Kalau korang ikuti perkembangan selebriti Malaysia, mesti korang tahu bahawa Jihan Muse, Nadiya Nissa, Zara Zya, Fara Fauzana dan Shila Amzah merupakan sahabat baik. Waktu minggu kesembilan, mereka telah bersatu kembali apabila Shila Amzah merupakan penyanyi jemputan manakala Zara Zya, Nadiya Nissa dan Jihan merupakan juri panel! Walaupun Fara Fauzana tak berada disitu disebabkan masalah teknikal, tapi ‘reunion’ tetap dijalankan. Mesti best kan kalau BFF dapat buat reunion macam tu? Habis PKP ni boleh la kita reunion dengan kawan-kawan!

For those yang memang suka menguji minda, boleh la korang tengok ICSYV ni ya! Main teka teka siapa penyanyi dan penyamar, haha!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Salah Guna Gambar BTS, ARMY Mengamuk

Cerita Seram YouTuber Bakal Buat Korang Goosebumps!