in ,

Style Dan Outfit ONZ Untuk Musim Hujan!

Sumber gambar: kpop.asiachan.com

Setelah cuaca di negara kita sebelum ini agak kering disebabkan jerebu yang teruk. Akhirnya, di hujung tahun ini kita patut bersyukur kerana musim hujan tiba. Paling best, hujan akan turun waktu pagi, petang dan malam sahaja. Jadi, bila waktu tengah hari kita boleh keluar untuk buat aktiviti yang kita nak, betul tak? Disebabkan musim hujan di negara kita ini selalu berlaku waktu hujung tahun sahaja, mesti kita banyak baju yang kasual dan nipis sedikit sebab selama ini asyik kena matahari dan panas. Sebenarnya, musim hujan ini banyak saja outfit menarik yang korang boleh pakai dan nampak bergaya sepanjang masa. Tak ada idea? Okay jom tengok stail apa yang LUNARIA akan kongsikan dengan korang..

SWEATER

Sumber gambar: Cute & Little

Pakaian paling mudah nak dapat dimana-mana. Rasanya semua orang mesti ada sweater, betul tak? Korang pakai sahaja sweater ini dan kenakan ia dengan seluar jeans hitam. Nak lagi nampak style, apa kata kalau korang pakai oversized sweater. Bukan setakat boleh hangatkan badan korang, yang single itu pun bolehlah feeling macam korang pakai sweater boyfriend

PARKA

Sumber gambar: Finery London

Untuk korang yang lebih suka swag style setiap hari, korang boleh gayakan parka dengan t-shirt sebab ia memang mudah dan sesuai untuk korang pada musim hujan ini. Padukan sekali swag outfit ini dengan sneakers supaya match dengan keseluruhan gaya korang dan ya you are as swag as always!

ANKLE BOOTS

Sumber gambar: Lulus

Kalau dah musim hujan, sudah pasti akan basah sebab kena air hujankan? Dan kalau korang tak suka kaki basah sebab terkena percikan air di jalanan, ganti kasut yang biasa korang pakai itu dengan ankle boots. Beli ankle boots yang waterproof tau! Barulah tak basah kaki korang itu sebab ia ada banyak warna, bentuk dan jenis. Memang sesuai untuk korang sesuaikan dengan sebarang outfit yang korang pakai hari itu.

Bila dah bersiap dengan baju yang onz, jangan lupa untuk ambil gambar OOTD untuk kenangan nanti! Kumpul gambar then boleh print album Photobook Malaysia di SuperDeals!

WIDE ANKLE PANTS

Sumber gambar: Ntara

Wide ankle pants atau sebarang ankle pants memang onz habis kalau korang gayakan sewaktu musim hujan. Korang boleh gayakan ia dengan baju turtle neck, sweater, blouse dan lain-lain. Pakai pula dengan boots. Woah! Memang bergaya, macam hari-hari hari raya!

WATERPROOF OUTFIT

Sumber gambar: Koreaboo

Salah satu cara menghadapi musim hujan adalah dengan mengenakan outfit dengan material yang waterproof.. Apa lagi betul tak? Boleh saja kalau korang nak pakai two-piece set atas bawah gunakan fabrik kain parachute yang memang waterproof. Gayakan outfit korang dengan bag PVjuga dan payung transparent yang memang akan naikkan style korang pada musim hujan ini.

Jadi, selepas ini korang bolehlah keluar bergaya walaupun pada musim hujan dan buat apa sahaja aktiviti yang korang suka. Lebih lagi, musim cuti sekolah ini mesti banyak aktiviti dan tempat yang korang nak explore, betul tak? Hehe! Jadi selamat bergaya dan stay warm pada musim hujan ya kawan-kawan! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makin Cantik Pula ‘Bawang Putih’ Pakai Tudung!

Nak Buat Apa Bila Kena Gangguan Seksual?