in ,

Study Hacks Supaya Kita Tetap Ada Semangat Nak Belajar

Sumber gambar: www.pinterest.com/faraaddelianor

Mood nak belajar adalah salah satu mood yang paling susah untuk kita dapatkan secara tiba-tiba sebab bukan semua orang yang suka belajar. Untuk pelajar, korang nak atau tidak, memang kena belajar juga sebab kalau tak belajar, bagaimana korang nak faham ilmu itu untuk digunakan semasa menjawab peperiksaan nanti, betul tak? Jadi, kami akan kongsi dengan korang beberapa study hacks supaya korang tetap ada semangat nak belajar.

KEMAS MEJA

Sumber gambar: pinterest

Benda pertama yang korang perlu buat adalah kemas meja belajar korang. Pastikan semua meja korang nampak lebih teratur dan berada dalam keadaan yang buatkan korang selesa. Nak belajar nanti, korang boleh turn on muzik atau penghawa dingin supaya lebih fokus.

MANDI

Sumber gambar: pinterest

Sebelum nak belajar pun, korang boleh segarkan badan korang dengan mandi dulu. Lepas dah mandi, korang pakai lah minyak wangi atau pun nyalakan lilin aroma itu supaya ia dapat beri mood untuk korang lebih bersemangat nak belajar.

TAMPAL UNIVERSITI IMPIAN

Sumber gambar: pinterest

Dekat meja belajar korang, tampal lah juga gambar universiti impian korang atau apa sahaja goals korang. Bila benda yang korang tampal itu ada depan mata, mesti nanti waktu tengah malas atau tiba-tiba tak ada mood belajar itu korang akan jadi macam teringat, “Eh saya tak boleh macam ini! Nanti macam mana nak capai semua goals ini!”. Hehe.

BELAJAR SAMBIL TONTON “STUDY WITH ME”

Memang bosan dan sunyi sangat kalau belajar seorang diri di rumah. Akan tetapi, sekarang ini korang boleh dapatkan kawan secara percuma di talian dengan tonton Study With Me di Youtube. Memang ramai sahaja vlogger yang dah buat. Biasanya, mereka pun akan belajar lebih kurang satu jam. Jadi, tak ada lah korang lama sangat nak belajar. 

PAKAI BAJU SEKOLAH

Sumber gambar: pinterest

Jika nak lebih bersemangat belajar, korang boleh lah cuba untuk pakai seragam sekolah lengkap. Ini sebab, kita semua mesti ramai yang dah tak pergi sekolah. Mungkin mood nak belajar itu pun ada yang kurang. Kalau korang pakai baju sekolah, mungkin ia akan membantu memotivasikan diri korang untuk lebih bersemangat nak belajar. 

Lepas ini, korang boleh cuba study hacks ini dan mana tahu ia sangat membantu untuk korang sentiasa rajin nak belajar. Lagi satu, cukup lah dengan satu jam setiap hari belajar pun sudah memadai. Tak perlu lama-lama dan paksa diri korang pun tak apa melainkan korang memang boleh nak belajar lebih satu jam. Apa-apa pun selamat belajar dan selamat kembali ke sekolah untuk korang yang bakal masuk sekolah semula! Hehe!

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Hilangkan Insecure Untuk Berfesyen

Lupa Ada Homework Apa? Cuba Cara Ini…