in ,

Stuck Dalam Trafik? Cuba Buat Ni..

Sumber gambar: http://www.fatehteam.com/jalan-jem-apa-perlu-buat/

Balik raya mesti jam teruk.. Boringnya! Nak tengok movie, line pulak tak ada, asyik bangun tidur je dari tadi…

Nak sampai kampung lambat lagi… Nak buat apa eh, makan sudah, dengar lagu sudah, semua sudah.. Ish, bosannya, dalam kereta pulak terbatas pergerakan kita, nak baring-baring? Memang tak la, mesti sempit dengan barang dan adik beradik.  Tapi.. mungkin korang boleh buat ni..

ANYAM KETUPAT


Alang-alang stuck dalam jam.. Apa kata korang cuba menganyam ketupat.. Ya girls, daripada korang tak buat apa.. try la menganyam..Kata orang tu kill the time dengan buat ketupat. Incase tak tau nak buat, ada je video simple yang boleh ajar kita. Tak salah kan kalau kita tolong mak buat persiapan raya? Hihi.. Dah sampai kampung nanti tinggal letak beras dan rebus.. Mesti bangga, bila orang makan air tangan kita.

TEKA LAGU RAYA

via GIPHY

Kalau yang duduk bandar, nak masuk ke kawasan luar bandar tu, siaran radio mesti tak cantik or tak clear kan.. Kadang-kadang tu sampai langsung tak jumpa siaran. Korang adik beradik boleh main sambung lagu raya. Contohnya korang start dulu nyanyi satu lagu raya, dan adik korang akan sambung.. Kalau dia tak tahu, boleh denda dia, hihi.. Atau korang pau sikit duit raya dia..

TEKA NAMA

Sumber gambar: LUNARIA

Girls pernah tak main game teka nama, macam nama binatang, benda semua tu.. Main ni senang je, pilih satu huruf dan korang kena teka nama binatang menggunakan huruf tu. Kalau nak tau cara main, boleh tengok Instagram LUNARIA.

CUCI MATA

via GIPHY

Kalau dah rasa bosan sangat dalam kereta tu.. Cuba la tengok-tengok pemandangan dekat luar. Mana la tau, pemandangan dekat luar lagi indah ke? Atau ternampak crush? Hihi.. Tapi make sure korang tengok cermin dulu.. Bukan apa, takut la kot ada air liur basi yang terlekat dekat tepi bibir tu.. Dah jatuh saham.

Musim raya ni, macam-macam kemalangan yang kita dengar, so LUNARIA wish korang semoga selamat sampai ke destinasi.. Nasihat kan parents korang, kalau penat take a rest dulu, jangan paksa diri. Korang pun sama, tolong tengok-tengok kan parents, sekali-sekala urut sikit bahu ayah yang penat drive. Stay safe ya girls..

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hati-Hati Bila Ke Salun Sebab…

Dah Nak Raya Pun Jadi Benda Seram Juga?!