in ,

Stop Makan Junk Food Boleh Buat Muka Flawless?

Sumber gambar: https://nypost.com/2017/08/21/this-food-will-stop-your-brain-from-wanting-to-pig-out-all-the-time/

Lapar tengah malam? Boleh terus call mana-mana restaurant makanan segera. Malas masak? Ajak abang drive thru je. Hari-hari makan junk food pun tak apa.

via GIPHY

Dalam kesedapan junk food macam burger, ayam goreng, pizza atau keropok sekali pun sebenarnya tersimpan keburukan yang kadang-kadang kita sendiri tak perasan. Banyak tau penyakit bahaya disebabkan oleh pengambilan makanan segera yang terlampau. Apa kata kita cuba stop makan junk food dalam masa seminggu. Nak tahu apa jadi? Check it out!

KULIT MUKA JADI BERSIH

Sumber gambar: https://shopee.co.id/inspirasi-shopee/inilah-perbedaan-bb-cream-cc-cream-tinted-moisturizer/dewy-pretty-clear-skin/

Duit melayang beli produk kecantikan nak flawless, tapi cuba stop sekejap. Korang mesti tertanya-tanya kenapa la muka selalu naik jerawat atau ada ‘parasit’ yang tak diundang? Sebab korang tak jaga pemakanan dengan betul. Dalam junk food ada banyak garam dan perasa tambahan yang tak elok untuk kesihatan kita.

TIDUR LEBIH LENA

via GIPHY

Selain ada garam dan perasa tambahan yang banyak, dalam junk food pun ada kandungan gula yang tinggi. Bila kandungan gula terlampau tinggi dalam badan, tidur pun akan rasa terganggu. Once korang dah kurangkan ambil junk food, In Shaa Allah tidur akan jadi lebih nyenyak dan selesa. Bukan setakat stop makan junk food je, korang pun kena kurangkan makan makanan manis yang lain contohnya kek, coklat, minuman berkarbonat dan banyak lagi la.

MOOD LEBIH STABIL

Sumber gambar: https://www.contemporaryhealth.co.uk/are-junk-food-and-fizzy-drinks-really-to-blame-for-obesity/

Pernah terfikir tak kenapa kita asyik suka makan junk food je? Sehari tak dapat, mengamuk macam kena tinggal dengan boyfriend. Actually, orang yang obses dengan junk food ni, mood dia tak stabil sebab dalam kepala dia dah set, kalau ada masalah, boleh settle kalau makan junk food. Padahal benda tu tak elok untuk kesihatan sebab ganggu pemikiran dan boleh mengakibatkan penyakit bahaya. Korang kena berhenti dengan secara berperingkat at the same time pilih makanan yang menyihatkan.

BERAT BADAN TURUN

Sumber gambar: https://lifestyle.kompas.com/read/2018/08/07/062441220/5-efek-merugikan-akibat-berat-badan-turun-drastis?page=all

Dah nama pun junk food, confirm la macam-macam ada dalam tu yang boleh menyebabkan berat badan kita naik. Kandungan kalori yang tinggi pun akan menyebabkan berat badan naik mendadak. Just imagine, pagi makan burger MCD, tengahari pula bedal ayam KFC, malam pizza! Complete set, berat badan mesti la naik, penyakit pun berebut-rebut datang menyerang. Nak makan tu boleh, asalkan tak melampau sangat.

Tak dinafikan, Ainaa sendiri memang kaki junk food. Ada je benda nak dimakan, belum tambah  lagi dengan air manis yang ‘wajib’ minum hari-hari. Dengan ni, Ainaa berjanji untuk kurangkan pengambilan makanan junk food supaya lepas ni boleh flawless! Eh? Hihi.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Cuba Cara Fun Untuk Berhubung Dengan Dia…

Puasa Tapi Mengeluh? Hm! Buka Puasa Jelah…