in ,

Stop! Jangan Sabun ‘Bunga’ Kita!

Sumber Gambar: https://www.orami.co.id

“Cuci cik bunga dengan sabun, biar fresh dan bersih”

Eh! Salah tu #Lunagirls! Bahaya tau! Tak semua sabun sesuai untuk kemaluan kita.. lebih lagi sabun Mandi! Wangi macam mana pun tetap tak sesuai tau.. #Lunagirls nak tahu kenapa? Haa ni LUNARIA kongsikan 4 sebab…

BUNUH BAKTERIA BAIK

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Sabun mengandungi antiseptik yang boleh membunuh bakteria baik dan juga akan ganggu dan ubah PH level  ‘bunga’ kita! Bila bakteria baik tak ada, laju nanti bakteria jahat buat kerja dengan memberi infection dan radangan atau pun gatal-gatal tau!

ARGHHH KEPUTIHAN

Sumber Gambar: https://whitechoices.blogspot.com

Siapa kata sabun dapat menghilangkan keputihan? Keputihan akan hilang masa korang cuci
je, lepas tu ia akan datang lagi banyak girls! Kalau ada keputihan, lebih elok korang cuci dengan air sejuk. Itu lebih fresh!

VAGINA KERING

via GIPHY

Kalau #Lunagirls selalu basuh ‘bunga’ dengan sabun, lama kelamaan ‘bunga’ kita akan cepat kering dan hilang kelembutan! Kalau ia kering, boleh mengakibatkan pelbagai jangkitan, rasa gatal dan rasa tidak selesa ketika pakai panties!

RISIKO INFECTION

via GIPHY

Ha! #Lungirls tahu tak yang vagina ada minyak atau pun moisturiser tersendiri. Sekiranya kerap menggunakan sabun, minyak ni akan hilang dan peningkatan untuk terkenanya infection sangat tinggi tau! Minyak ini yang lindungi vagina kita daripada mikroorganisme!

Ingat #Lunagirls, penjagaan dan kebersihan ‘bunga’ kita sangat penting tau!  Tak perlu sabun yang fancy pun, cukup sekadar cuci dengan hanya menggunakan air sejuk!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#LunaExplores: Popiah emas HUAT AH!

Lagu Korea Hilangkan Stress! Oh Yeah! Oh Yeah!