in ,

STOP! Jangan Kerap Korek Telinga Girls!

Sumber Gambar: https://health.clevelandclinic.org

Siapa dekat sini suka korek telinga? Lepas mandi je mesti ambil cotton bud dan terus korek telinga! Haha! Ada yang kata korek telinga lepas mandi lebih mudah dikeluarkan tapi nak tahu sebenarnya kita tak perlu pun korek telinga! Tahi telinga ni mempunyai fungsi tersendiri.. Haa nak tahu kebaikannya? Ini antaranya…

CEGAH JANGKITAN KUMAN

via GIPHY

Tahi telinga boleh membentuk lapisan acidic coat yang mengandungi lysozyme!Β Kedua-dua ini penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.. Bayangkan kalau kita korek telinga dan keluarkan lapisan penting ni, haa lagi mudah bakteria membiak! Oh no!

MENCEGAH AIR

via GIPHY

Selain itu, tahi telinga juga mengandungi lapisan lipid-rich cerumen!Β Apa tu?Β Ia bantu untuk mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga dan menghalang dari air masuk berlebihan ketika berenang atau mandi!

MENGHALANG KOTORAN

via GIPHY

Tahi telinga juga bertindak sebagai filter untuk telinga kita! Bukan macam filter Instagram atau Snapchat girls… Haha! Ia akan menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar untuk masuk ke dalam telinga!

MEMBERSIH SENDIRI

via GIPHY

Salur telinga kita mempunyai mekanisma yang akan mencuci bahagian dalam telinga sendiri tau! Di mana sebarang kotoran akan keluar sendiri dari bahagian dalam salur telinga ke bahagian luar.. Sebab tu kadang-kadang ada cecair kuning akan keluar dari telinga..

Kalau #Lunagirls nak tahu kulit di salur telinga ni lebih nipis dan sensitive terhadap geseran berbanding kulit di bahagian lain! Kalau kita rajin korek telinga menggunakan putik kapas, ia akan membuatkan kulit di saluran telinga tersebut luka dan cepat rosak akibat geseran!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rasa Lesu? Berat? Jangan Lupa Buat Exercise Mata!

Nak Cuba Bisnes Instagram? #Lunagirls Kena Tahu Tips Ini!