in ,

Stereotaip Masyarakat Terhadap Remaja!

Sumber gambar: https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/42-belia-peserta-program-gems-4pm-terima-anugerah-pencapaian/4204836.html

Sekarang ini adalah zaman yang mana ramai sangat kecam generasi Z iaitu generasi yang lahir selepas dari tahun 1995 sehingga ke 2010 tapi ramai antara generasi sebelum dari generasi Z suka sangat kecam remaja macam awak semua sekarang ini disebabkan beberapa hal dan stereotaip terhadap korang.

TIDAK MATANG

via GIPHY

Ramai yang ingat remaja sekarang tidak matang dalam banyak perkara, padahal ramai saja antara korang yang dah matang. Ini sebab Zoe tengok ramai kawan-kawan yang sebaya dengan korang pandai berdikari dalam banyak benda dan siap ada yang hebat berbisnes tau!

ANTI-SOSIAL

Sumber gambar:

Anti-sosial? Zoe rasa batch awak semua lagi ramai yang pandai bersosial tau. Dengan adanya banyak aplikasi yang memudahkan korang untuk berhubung dengan keluarga, kawan dan strangers, lebih banyak peluang untuk korang bersosial dengan ramai orang. Kena ingat juga, anti-sosial itu tidak sama dengan introvert ya.

OVERDRESSED

Sumber gambar:

Nak pakai baju yang stailo pun jadi masalah? Tak salah pun kalau remaja sekarang nak overdressed ย sebab biasanya waktu muda inilah kita nak cuba macam-macam. Masyarakat yang ada stereotaip macam ini pun awak macam bohong saja kalau tak pernah nak ikut trend.ย 

BIADAP

via GIPHY

Untuk stereotaip yang satu ini, Zoe rasa tak patut ditujukan kepada golongan remaja saja sebab orang yang dah dewasa pun ada juga yang biadap dan tak hormat orang lain. Kalau nak diikutkan batch generasi Z kita tengok lebih ramai yang matang dan reti hormat orang sekeliling sebab ramai yang fikir kalau tak nak orang biadap pada diri kita, kita akan layan dia baik-baik. Betul tak #Lunagirls?

Jadi, selepas ini tak perlulah ada stereotaip terhadap mana-mana pihak. Kalau ada yang masih stereotaip dekat korang itu, buat tak tahu saja. Mungkin pemikiran dia masih belum terbuka dan tak boleh menerima benda yang baru dalam diri dia, hehe!ย 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sampai Bila Nak Kena Friendzone Ni?!

Ikat Rambut Punca Rambut Mudah Gugur?!