in ,

Step Dapatkan Glass Skin Paling Simple!

Sumber gambar: Instagram DahliaRizal / refinery29.com

Haihh geram je tengok muka orang lain flawless macam cermin kaca! Muka kita ni bila nak jadi macam tu juga?!

Ehh, jangan merungut please. Semua orang memang dah cantik, tapi kalau nak jadi lagi cantik mesti la kita kena lagi rajin! Baru la boleh dapat apa yang kita nak which is kulit muka yang licin. Ada certain orang dia jenis kulit sensitive atau kering. So depends pada kulit muka masing-masing la, jangan samakan kulit muka kita dengan orang lain okay. Sekarang ni macam trend juga semua orang nak kulit licin macam artis Korea! Tipu la kalau korang taknak macam tu kan? Ainaa nak share a few cara untuk dapatkan kulit jenis glass skin yang hangat diperkatakan tu. Jangan risau, tak perlu keluarkan banyak duit pun. Caranya ialah dengan…

AMALKAN DOUBLE CLEANSING

Image result for girl glass skin toner

Double cleansing ni benda paling penting sekali! Jangan sesekali tinggalkan double cleansing. Actually double cleansing ni ialah dengan menggunakan dua formula cleanser yang berbeza which is satu guna cleansing oil untuk bersihkan kulit secara mendalam, kedua ialah gunakan facial foam atau apa je cleansing gel yang korang biasa gunakan. Kalau dah selalu buat, korang akan dapati kulit muka korang bertambah licin. Tak cuba tak tahu tau.

ADD ON BEAUTY TOOLS

Image result for face brush
Sumber gambar: Aliexpress

Pernah nampak beberapa alatan yang digunakan untuk bersihkan muka? Actually benda tu berkesan tau sebab ia membantu untuk membersihkan kulit wajah secara lebih maksimum terus dalam kulit. Cleansing brush memang membantu untuk bersihkan kulti muka sehingga 6 kali lebih baik berbanding kita gunakan tangan.

PAKAI TONER

Image result for girl glass skin toner
Sumber gambar: Blog.alther

Lepas dah bersihkan muka, please jangan tinggalkan toner. Toner ni berfungsi untuk kembalikan keseimbangan pH kulit. Pilih toner yang sesuai dengan kulit muka korang. Lepas dah lama pakai, korang akan dapati kulit muka korang pun jadi lebih cerah.

JANGAN LUPA MASKER

via GIPHY

Fuhh, masker ni paling penting juga ni! Kulit muka akan jadi lebih halus, cerah dan lembab kalau korang selalu gunakan masker. Wanita dekat Korea memang mengamalkan pemakaian maskter untuk kekalkan kecantikan kulit mereka. Dekat drugstore ada banyak pilihan masker untuk korang, just pilih mana yang sesuai dengan kulit je. Amalkan pakai masker at least seminggu tiga kali. Sebelum tidur ialah masa yang sesuai untuk korang pakai masker tu.

MOISTURIZER

Image result for girl apply moisturizer
Sumber gambar: Skincare.com

Last step, pakai moisturizer! Ni ialah rahsia sebalik kulit glass skin ya. Kulit muka korang akan sihat kalau korang amalkan ni selalu. Even ada part kulit muka yang berminyak sekalipun, tak salah kalau nak gunakan moisturizer. At least ia akan membantu untuk kurangkan minyak tu dan buat kulit muka korang bertambah elok.

Actually ada beberapa lagi step yang korang kena buat but it’a okay. Untuk permulaan kita guna cara ni je dulu, after this kita cuba cara advance okay! Ainaa sendiri belum berjaya capai target glass skin lagi, huhu!

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Baca Webtoons, Hobi Lain Daripada Lain

Gaya Estetik Yang Wajib Korang Cuba Tahun 2020