in ,

Stail Ala K-Idol Untuk Kpopers Sejati

Sumber gambar: https://www.youngisthan.in/style/ways-to-wear-white-shirt/50825

Alahai~ malasnya nak bersiap beria sangat tapi nak keluar hangout dengan kawan-kawan juga. Nak pakai yang simple tapi nanti tak buruk sangat ke?

Situasi diatas adalah perkara biasa, time nak keluar dengan kawan-kawan kita tengah tak ada idea nak pakai apa. Bila tengah duduk diam-diam kat rumah, ada je idea nak pakai cantik-cantik kalah orang nak pergi fashion show. Korang pernah cuba gayakan fesyen K-Idol? Tidak salah untuk cuba fesyen mereka sebab lelaki dan perempuan pun sesuai untuk pakai gaya ini. Apa kata kita cuba tengok stail simple ini, mungkin ada yang akan inspired?

SHIRT + SLACK

Sumber gambar: soompi.com

Paling senang dan mudah, korang boleh gayakan slack  dengan any shirt yang baggy, lepas itu tuck in  sepenuhnya atau korang boleh masukkan sebelah bahagian sahaja.. ini juga merupakan style kebanyakan influencer sekarang.  Kalau korang orangnya suka nak nampak kemas dan semi-formal korang boleh try gaya ini. Tak ada kasut? Takde masalah, pakai saja sandal korang. Serious nice!

T-SHIRT + JEANS

Sumber gambar: Pinterest

Mungkin sudah ramai antara korang yang selalu pakai macam ini. Maybe, gaya ini tak ada masalah untuk semua sebab ini paling selalu orang pakai dan cuaca kat Malaysia ini pula panas dan lembab.. Pakai yang simple-simple macam ini pun ok. Lagi pun gaya ini sesuai untuk lelaki dan perempuan, jadi kalau ada couple yang nak pergi dating boleh pakai matching outfit!

DRESS 

Sumber gambar: Standard.co

Gaya ini tinggal sarung saja dan biasanya material one dress ini ringan dan buat korang tak cepat berpeluh. Bila korang pakai ini duduk lepak kat tempat ala pantai angin sepoi-sepoi. Dia macam uwoahh~ nyamannya~ Kalau ada yang nak pergi fake picnic, gaya ini paling sesuai sebab barulah kita nampak extra ayu.

OVERALL

Sumber gambar: https://www.vlive.tv/video/52630

Nak nampak funky, cute dan bergaya?Korang boleh cuba pakai overall. Untuk t-shirt di bahagian dalam korang boleh gayakan kosong atau bercorak. Untuk pemilihan warna pula korang boleh go wild! Sebab masa inilah kita nak berani cuba. Nanti korang bukan setakat nampak bergaya, silap-silap orang akan ingat korang lebih muda dari umur sebenar.

SWEATPANTS

Sumber gambar: https://www.pinterest.se/pin/91197961189042977/

Selalunya orang akan kata ini style airport. Sebab kebanyakan artis akan gayakan style ini kalau nak pergi travel. Haa, korang boleh cuba gaya ini kalau korang pun nak acah selebriti. Kalau pakai sweatpants, korang boleh saja pakai dengan shirt or t-shirt. Percayalah, korang akan nampak hype juga. Tak perlu lebih aksesori sebab gaya ini lebih kepada less is more.

Pakailah macam mana pun, kalau korang confident, maka cantik sajalah style korang sebab confident itu kunci! Lagi pun cantik dan handsome itu satu subjektif.. mungkin cantik di mata awak tapi tak cantik di mata orang lain. Apa yang penting korang buat apa yang korang happy!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Boleh Pergi Panggung Wayang, Ini Promosi Jimat Tengok Wayang

Perbezaan NCT U, NCT Dream, NCT 127, NCT 2018 dan WayV