in , ,

Stail Ala Jungkook BTS Untuk Girls Gayakan

Seperti yang kita tahu, antara ketujuh-tujuh ahli BTS, Jungkook adalah antara salah seorang yang namanya sering disebut dan lebih ramai kenal disebabkan video animasi parodi cute girl.. Orang yang tak kenal BTS pun boleh kenal BTS sebab nama Jungkook. Selain itu, Jungkook BTS pun dikenali sebagai seseorang yang stailnya bersahaja dan ada ciri-ciri boyfriend look yang mana ramai sangat BTS ARMY adore dengan gayanya bila pergi airport atau dalam variety show BTS seperti Run BTS, Bon Voyage dan lain-lain. #Lunagirls pun sebenarnya boleh tiru gaya versatile ala Jungkook! sebab Jungkook suka pakai baju unisex dan mudah untuk sesiapa sama ada lelaki atau perempuan pakai. Hehe! Meh Zoe kongsi tips untuk awak semua macam mana nak jadi stylish seperti Jeon Jungkook.

CARGO PANTS

Twitter

Seluar cargo Jungkook selalu menjadi perhatian peminat setiap kali dia datang ke music show, airport, variety show dan lain-lain. Bagi yang tak tahu cargo pants itu apa, ia adalah seluar yang banyak poket di bahagian tepi dan selalunya ia bersaiz besar. Seperti Jungkook, dia akan pakai jogger cargo pants, hmm mungkin sebab itu dia nampak sangat cute! Seluar ini dulunya banyak lelaki yang pakai tapi sekarang girls pun dah ramai yang pakai dan memang nampak stail sangat!

OVERSIZED

Amazon

Bukan Jungkook-lah itu kalau tak pakai oversized punya tops! Baju Jungkook kebanyakannya memang banyak yang bersaiz besar sebab ia selesa dipakai dan memang banyak angin yang boleh masuk di celah baju korang itu bila petang-petang berangin. Kiranya, stail Jungkook ini memang memenuhi kriteria boyfriend look gitulah… 

RIPPED JEANS

Kupang

Ripped jeans pun antara gaya yang selalu Jungkook pakai sewaktu konsert dan Jungkook akan pakai ripped jeans dengan kemeja atau t-shirt yang akan buatkan nampak lagi bergaya. #Lunagirls pun boleh cuba stail ripped jeans kalau korang suka. Bagi yang bertudung, boleh saja nak guna inner.

BUCKET HATS

Twitter

Walaupun rambut Jungkook ini fluffy dan lembut cantik tapi dia selalu menggunakan bucket hats bila pergi kemana saja. Kadang-kadang kalau kita tengok stail bucket hats yang dipakai Jungkook ini memang sampai tertutup separuh muka. Jadi kalau #Lunagirls nak jadi misteri ala-ala Jungkook yang suka tutup muka, korang boleh saja gayakan bucket hats dengan apa pun jenis baju dan lain-lain. 

HANBOK

vlive

Tak silap Zoe, hanbok yang digunakan Jungkook nampak agak moden dan tidak menyusahkan diri kita untuk pakai sebab dia ala-ala baju tradisional Cina yang nampak sangat simple. Selain itu, untuk pengetahuan #Lunagirls yang mana mungkin ARMY mesti dah tahu, Jungkook ada banyak warna hanbok yang lain-lain. Kiranya, dia beli satu design hanbok lebih kurang lima warna. Jadi kalau korang malas nak fikir pakai apa, bolehlah beli set hanbok pelbagai warna dan stailkan ala Jungkook. Memang awesome weh

Selepas ini, bolehlah korang shopping baju, seluar dan sebagainya sebab musim cuti sekolah hampir tiba. Iyalah kalau asyik ikut stail idola K-Pop yang lain pun macam bosan sebab baju mereka kebanyakannya ada yang perlu iron dahulu supaya nampak kemas tapi kalau korang follow Jungkook punya stail memang banyak yang sangat simple dan tak perlu iron sebab mungkin Jungkook ini suka pakai baju yang memang tinggal sarung dan boleh go sahaja. Warna yang Jungkook pakai pun selalunya hitam, maroon, kelabu, dan warna-warna senang dapat dan plain, jadi lagi senang untuk korang dapatkan dimana sahaja. 

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Buat Comeback, Zynakal Akui Ada Penyakit Mental

V BTS Menang Anugerah Lelaki Kacak 2019!