in ,

Stage Fright Bila Ramai Orang Tengok Kita!

Sumber gambar: OODI Design

Nervousnya nak present depan kelas ni….

Hi #Lunagirls! Korang dah ada homework atau assignment yang memerlukan korang buat presentation depan ramai orang tak? Haaa, Ainaa ada a list of tips nak share dengan korang macam mana nak improve cara korang present.

BERCAKAP DENGAN JELAS

Sumber gambar: Cornell Chronicle – Cornell University

Korang kena confident bila bercakap dengan orang lain. Intonasi suara perlu lebih lantang dan jelas. At least kalau tak ada idea bernas untuk dihujahkan, jangan sampai cakap tergagap-gagap sebab benda tu akan buat orang tak confident dengan kita. So, bertenang dan cuba untuk bercakap dengan jelas kalau korang perlu bagi speech dekat depan orang ramai ya.

PEMILIHAN BAHASA YANG TEPAT

Kalau boleh, korang gunakan bahasa yang formal dan senang difahami oleh orang lain. Bonus point kalau korang tahu peribahasa atau simpulan bahasa, sebab kebanyakan student sekolah tak ramai yang berani untuk letakkan peribahasa dalam kata-kata ucapan diorang. Selain tu, korang boleh je campurkan sikit perumpamaan yang sesuai supaya nampak lebih berilmu.

JAGA SENYUMAN

via GIPHY

Kata orang senyum tu umpama sedekah, tapi jangan sampai senyum tak bertempat pula ya girls. This time, bila korang bagi ucapan atau buat presentation dekat kelas, cuba kawal senyuman dan kalau boleh berikan senyuman yang ikhlas pada penonton. Jangan tunjukkan muka serious sebab ia akan buat penonton rasa tak selesa dengan korang.

JAGA PENAMPILAN

Sumber gambar: SoraNews24

Kalau dekat sekolah memang tak payah nak risau tentang pakaian, asalkan uniform tu bersih dan kemas pun dah cukup perfect untuk buat orang pandang korang. Jaga tudung, rambut, baju atau kasut sekolah supaya sentiasa kemas dan bersih. Kalau orang lain tengok pun dah confident, inikan pula diri kita sendiri kan.

Ainaa harap korang boleh ambil point dekat atas ni sebagai permulaan untuk improve cara korang buat presentation atau bagi ucapan. Kalau nak tips lagi boleh PM Ainaa okay. Hehe!

 

 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jerebu Apa Nak Buat?? Help..

Transform Handphone Jadi Kamera 😎